1MALAYSIA...Walaupun
bertanding calon bebas, namun Sahar bersama penyokongnya masih mempunyai Semangat 1 Malaysia.
Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto
: SAFFIE S JUMADI
LIBARAN : Pengundi di
kawasan Libaran disaran agar bijak memilih calon yang benar-benar
bertanggungjawab dan berjiwa rakyat setelah menjadi seorang wakil rakyat di
kawasan Libaran selepas 6 Mei kelak.
Rakyat Libaran, terutama
sekali mereka yang tinggal di pesisir pantai masih memerlukan banyak kemudahan
asas seperti bekalan elektrik, air bersih dan Program Perumahan Rakyat
Termiskin (PPRT) yang selama ini diabaikan Wakil Rakyat setelah diberi mandat
sejak empat penggal lalu.
Calon Bebas Parlimen Libaran,
Sahar Saka berkata demikian semasa memberikan ceramahnya bagi kempen meraih
undi di Kampung Sebait, dekat sini, kelmarin.
“Seandainya saya diberi
mandat sebagai Ahli Parlimen Libaran; walaupun saya calon Bebas, saya tetap
menyuarakan kehendak-kehendak rakyat di kawasan ini di peringkat persekutuan
untuk pengetahuan pihak kerajaan yang sedia ada,” ujarnya.
Katanya lagi, beliau tidak
akan mengikut resam Mantan Ahli Parlimen, Jusli Ajirol yang hanya menjadi nasib
tambah di Parlimen kerana tidak langsung bersuara demi kepentingan rakyat Libaran
yang ketinggalan serba serbi dan diselubungi masalah tanah adat dan ekonomi.
Dalam pada itu, jika momentum
sambutan berkekalan, ramai meramalkan Sahar akan mendapat kemenangan bergaya
kerana mendapat undi simpati komposisi kaum Bugis dan pengundi atas pagar yang
enggan mengakui kepimpinan Jusli pada PRU-12 lalu.
Mengikut risikan rambang
Sabahkini.Net, para pengundi bersependapat untuk mengundi calon BN di kerusi
DUN Gum-Gum dan Sungei Sibuga; tetapi akan memastikan kemenangan Pakatan atau
Calon Bebas di Parlimen Libaran.
Menurut pemerhati politik
setempat seperti penduduk Kampung Batu Putih, Kg Gum-Gum, Kg Sungei Kayu, Kg Tinosa
1 dan Tinosa 2; rata-rata bersepakat untuk memberikan laluan kepada Sahar Saka yang
selama ini diakui sebagai salah seorang pemimpin terbaik dan berjiwa rakyat di
Libaran.
No comments:
Post a Comment