Friday 26 April 2013

WALIT USAHA TRANSFORMASI NEGARA




AMANAT...Calon DUN Karamunting memberi amanat kepada pengundi agar memangkah calon BN.

Oleh: SHAIMON S JUMADI                  Foto SAFFIES JUMADI

SANDAKAN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Karamunting, Charles Pang Su Ping berkata pendekatan yang diambil oleh Persatuan Industri Sarang Burung Walit Sabah (SABA) menerusi Gerak Borneo Sdn Bhd bukan sahaja memberi pengetahuan yang mendalam tentang penternakan burung walit, tetapi membantu mengembangkan lagi industri sedang berkembang pesat itu sehingga ke peringkat antarabangsa.

Usaha syarikat itu sejajar dengan agenda dan dasar BN di bawah program 'Transformasi Kerajaan' yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang bergerak seiring.

"Apatah lagi kerajaan menerusi agensi-agensi yang berkaitan sentiasa membantu, menggalak dan memberikan perhatian terhadap apa jua usaha yang dilaksanakan bagi meningkatkan ekonomi.

"Pada saya, usaha dan inisiatif pihak SABA dan Gerak Borneo di bawah pentadbiran Datu Mohd Faisal Datu Bachtiyal ini adalah menepati kehendak kerajaan.

"Ini kerana, perusahaan atau penternakan rumah burung walit yang diceburinya bukan hanya membantu menaiktaraf imej Negeri Sabah sebagai pengeluar sarang burung walit yang terbaik di Malaysia dan luar negara malahan membantu dari segi menjaga serta memulihara kepupusan burung-burung walit di negeri kita," jelasnya.




HADIRIN....Para pengusaha  Burung Walit yang hadir khusyuk mendengar ucapan Calon DUN Karamunting.

Berucap melancarkan program Walit 1Negara (W1N) anjuran SABA dan Gerak Borneo di sebuah hotel terkemuka di sini, pada petang kelmarin, Charles yakin dan percaya pelancaran W1N akan membawa satu perubahan yang mendadak dalam konteks ekonomi serantau.

Ini katanya, Datu Mohd Faisal telah merangka satu rancangan jangka panjang dengan mengambil pendekatan yang lebih strategik ke arah memacu pertumbuhan ekonomi di dalam sektor perusahaan ini.

Tambah beliau, matlamat dan halatuju W1N ini akan mendapat perhatian kerana pendekatan yang dilaksanakan mampu menjadikan Sabah sebagai pengeluar utama sarang burung walit tambahan lagi Gerak Borneo sudah mendirikan puluhan rumah-rumah burung walit terutama di kawasan luar bandar.

Beliau merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datu Faisal berserta jawatankuasanya kerana sudi menjemput untuk melancarkan program W1N itu.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan BN wajar dikekalkan sebagai parti pemerintah berdasarkan keprihatinannya kepada semua kaum di negara ini.

Menurutnya, pembangunan dari segi sosio-ekonomi telah dinikmati semua apabila penekanan kerajaan yang sentiasa menitikberatkan kebajikan rakyat tanpa meminggirkan sesiapa pun.

"Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 pada 5 Mei depan yang akan datang ini ... undilah BN demi kestabilan ekonomi dan keamanan kita semua," ujar Charles berseloroh.

“Saya berjanji, sekiranya rakyat memberi mandat pada 5 Mei kelak untuk saya berhidmat sebagai Wakil Rakyat di Kawasan Karamunting, saya akan menaik taraf jalan-jalan raya dan membina Dewan Masyarakat Karamunting yang selama ini telah dinanti-nantikan oleh warga Karamunting.

No comments:

Post a Comment