Thursday 25 April 2013

DAP SEPERTI ANJING BURUK KEPALA?







Oleh: SHAIMON S JUMADI

ELOPURA : Penyandang Kerusi DUN Elopura (BN), Au Kam Wah dalam ceramahnya di kawasan PPR Taman Mesra, Blok 38, dekat sini, kelmarin antara lain menyeru semua penduduk di sini menyokong dasar-dasar kerajaan BN dengan memberi undi mutlak kepada calon BN yang bertanding di Parlimen Sandakan DUN Elopura dan Tg Papat.

Tambahnya, bukti kejayaan BN membangunkan Elopura boleh dilihat dengan mata kepala berbanding dengan janji kosong pembangkang yang tidak ubah seperti 'Anjing Buruk Kepala'.

Kata Au, DUN Elopura kini semakin berkembang dengan pembinaan kilang, hotel dan taman perubahan yang secara tidak langsung telah memberikan banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat; sekaligus dapat meningkatkan taraf hidup melalui imbuhan gaji yang lumayan.

“Jadi rakyat harus membuka mata atas apa yang kerajaan BN telah buat selama ini kerana terus membela nasib rakyat berbilang kaum tanpa gagal,” jelasnya yang jengkel dengan tohmahan liar pembangkang.

Kata Au lagi, kesilapan parti pembangkang memilih calon yang tidak kompeten juga memalukan rakyat Sandakan, terutama Steven Wong yang tidak fasih berbahasa Inggeris atau Melayu; sekaligus menjadikan beliau tidak layak untuk berkhidmat kepada rakyat berbilang kaum di Sandakan.


Sementara itu dalam ucapannya, penyandang kerusi Parlimen Sandakan, Datuk V.K Liew juga merayu kepada penduduk Taman Mesra dan para pengundi keselururan kawasan Partilimen daripada DUN Elopura dan Tg Papat agar terus menyokong calon kerana yakin hanya kerajaan BN membangunkan negara ini secara harmoni dan saksama.

“Memang benar apa yang dikatakan oleh Calon Elopura kerana sejak BN memerintah, terlalu banyak kejayaan yang kita kecapi terutama Hub Pendidikan (UMS); Politeknik di Sungei Batang, Klinik 1 Malaysia; pembinaan hotel-hotel dan Pusat Peranginan untuk menerima limpahan pelancong.

Dalam pada itu, para penduduk setempat telah menerima bantuan banyak seperti KARISMA, BR1M, TR1M dan sebagainya sebagai aparatus untuk meningkatkan hidup mereka.

"Kita tidak perlu cerita panjang kerana kita telah buktikan kredibiliti kita dalam menepati janji; bukannya parti yang disifatkan seprti 'Anjing Buruk Kepala' yang hanya tahu menggonggong tanpa tujuan," ujar V.K Liew yang dapat mempertahankan kerusi Parlimen Sandakan dengan majoriti besar.

Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong Puyon dan Pengerusi UMNO Zon Elopura, Datuk HJ  Alipuddin KK Hj Puyon.

No comments:

Post a Comment