Sunday 28 April 2013

GADIS GANTUNG DIRI DALAM BILIK






USUNG....Anggota polis sedang mengusung mayat mangsa keluar dari kediaman berkenaan sebelum dihantar ke hospital untuk dibedah siasat.

KOTA KINABALU: Seorang gadis yang merupakan pelajar tingkatan empat ditemui mati dan dipercayai membunuh diri di dalam biliknya dalam satu kejadian di Kampung Likas, di sini Khamis lepas.

Norsarina Azmi, 16, difahamkan menggantung dirinya dengan menggunakan tali yang digantung pada dinding siling  sebelum ditemui oleh kakaknya yang berusia 19 tahun kira-kira jam 6 petang.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun ketika dihubungi kelmarin mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya masih melakukan siasatan berhubung motif insiden berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah terjadi dalam kes ini dan mayat gadis terbabit telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) bagi tujuan bedah siasat,” katanya. (UB)

No comments:

Post a Comment