PITAS : Ketua Menteri Datuk
Seri Musa Aman memberi jaminan bahawa kerajaan negeri Sabah di bawah
pentadbiran Barisan Nasional (BN) tidak akan memberi sama sekali tanah kepada
orang luar.
"Kami tidak mampu untuk
memberikan tanah kepada orang luar kerana kita sedar bahawa rakyat di negeri
ini memerlukan lebih banyak tanah," kata beliau sambil menambah keperluan
rakyat adalah lebih penting.
Bercakap pada jeraywara
Yayasan Sabah di Dataran Bengkoka di sini hari ini, Musa menasihatkan rakyat
supaya tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang mengenai isu tanah di negeri
ini.
"Sejak saya menjadi
Ketua Menteri, saya tidak pernah memberi tanah kepada orang luar," katanya
yang juga yang Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah.
Musa turut melancarkan
program Mini Estet Sejahtera Bersepadu (Mesej)Kampung Kiandut di bawah
Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, iaitu program Mesej ke-45
dilaksanakan di negeri itu.
"Ini adalah cara kami
membantu orang ramai menubuhkan industri yang menyediakan peluang untuk mereka
menjana pendapatan," katanya. (Bernama)
No comments:
Post a Comment