Sunday 28 April 2013

4 KERUSI DI PARLIMEN SILAM KEKAL MILIK BN






LAHAD DATU: Kubu kuat Barisan Nasional (BN) yang mempertarungkan empat kerusi dari calonnya di sini; di lihat semakin pasti milik BN kerana tiada lagi yang perlu dipertikaikan pembangkang dalam siri kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menjelang hari membuang undi 5 Mei depan.

Perkiraan ini berdasarkan sokongan rakyat di sini yang tidak goyah hasil gerak kerja jentera BN di semua markas Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam kempen mempertahankan kemenangan besar BN.

Menurut Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, keyakinan itu juga meyakinkan rakyat kepada kepimpinan BN yang telah membawa pembangunan untuk rakyat.

“Kubu BN di sini pasti dapat dipertahankan kerana sudah banyak kerajaan telah lakukan untuk membantu rakyat, di samping pembangunan fizikal dan kemudahan yang memberi keselesaan rakyat di sini.

“Rakyat tahu siapa yang membela nasib mereka,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pemimpin Bersama Pemimpin di Taman Warisan, di sini kelmarin.

Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata dari kementeriannya sahaja telah dibangunkan kemudahan elektrik dan air di kawasan pendalaman.
Di Tanjung Labian, KKLW telah membina solar hybrid bernilai RM140 juta dan dua laji air bernilai RM50 juta.

“Kemudahan yang dibina ini adalah untuk keselesaan rakyat, kegunaan rakyat dan sudah pasti projek pembangunan seperti ini akan diteruskan BN demi kemudahan rakyat di masa akan datang,” katanya.

Ini dikuatkan lagi dengan tindakan kerajaan mewujudkan kawasan keselamatan khas Pantai Timur Sabah dan semangat patriotik kesan krisis pencerobohan pengganas bersenjata Sulu di sini.

Ketika ditanya kaitan kedatangan dengan adiknya, Yusof, dalam musim kempen pilihan raya ini yang mahu meraih undi atas prestasi kepimpinannya, Shafie berkata kedatangannya adalah atas tiket pucuk kepimpinan Umno dan isu bersaudara tidak timbul.

“Saya datang untuk sokong semua kempen calon Parlimen Silam, soal dia adik saya tidak timbul kerana ini semua untuk BN. Saya akan ke Sarawak untuk siri jelajah membantu kempen calon di sana,” katanya.

Selain itu, beliau turut mahukan dalang di sebalik insiden kotor diambil tindakan segera.

Shafie juga mengulas tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng yang membisu berhubung perlaksanaan hukum hudud yang sekian lama diperjuangkan Pas sebagai satu sandiwara parti pembangkang itu.

“Itu satu sandirawa pembangkang. Mereka sebenarnya tidak berpakat dan kita semua tahu bahawa perjuangan Pas itu bertentangan dengan dasar DAP. Mereka diam kerana mahu mengelirukan rakyat terutamanya pengundi Melayu,” katanya.

Sementara itu, Yusof turut menjelaskan kedatangan abangnya untuk turut berkempen di kawasannya sebagai satu kebetulan dan menyifatkan ianya satu tanggungjawab kepimpinan abangnya.

Parlimen Silam mempunyai seramai 51,590 pengundi terdiri daripada 39,201 Bumiputera, cina (6,493) dan India (284).

DUN N49 Tungku, calon Datuk Muhd Suhaili Said (BN) akan tentang Johan Nul (STAR), Datuk Shuib Mutalib (SAPP), Johani Abdul Halim (PKR) dan Tsen Yun Fah (BEBAS).

Tungku mempunyai 14,511 orang pengundi dan pada PRU12, Suhaili memenangi kerusi Tungku majoriti 4,206 undi.

Bagi DUN N50 Lahad Datu, calon muka baru BN, Datuk Yusof Apdal yang akan ditentang calon PKR, Dr Hamid Awong, Ariffin Hamid Merican (STAR) dan Ali Endu Enjil (SAPP). Kawasan itu mempunyai 25,209 pengundi.

Penyandang kerusi N50, Datuk Nasrun Datuk Mansur yang telah bertukar kerusi pencalonan ke parlimen, merupakan penyandang DUN N50 dengan meraih majoriti 5,072 undi pada PRU12.

No comments:

Post a Comment