Oleh : NEIL CHAN
KOTA KINABALU: "Perubahan
sudah ada, jadi kenapa mahu berubah?" Itulah jawapan daripada Timbalan
Ketua Menteri, Datuk Dr Yee Moh Chai apabila ditanya mengenai tuntutan
perubahan semata-mata untuk berubah.
“Tujuan mengadakan perubahan
adalah anda mahu mencapai matlamat tertentu yang anda inginkan dan di bawah
kerajaan ini terdapat pelbagai program transformasi seperti ETP dan GTP yang
sudah mula mendatangkan perubahan.
“Dari segi ekonomi, prestasi
kita lebih baik daripada ramalan, dari segi keamanann dan keselamatan, Negara
lain iri hati dengan kita, dari segi kehormatan perkauman kita di Sabah merupakan
teladan baik.
“Jadi perubahan apa anda
mahu khasnya parti mempunyai agenda sangat pelik yang datang dan mengajar kita
bagaimana kita hidup sekarang.
“Jadi jangan hanya berkata
kami mahu berubah atau inilah waktunya untuk berubah, kami sentiasa berubah,
kami sentiasa mendengar permintaan dan aduan serta keinginan rakyat. Tetapi
seperti mana-mana sistem, ia mengambil masa. Secara keseluruhannya kita
bergerak mengikut haluan betul.
“Saya bukannya cuba
mengatakan perkara yang dramatik, tetapi jika kami mengatakan sesuatu yang
dramatik, orang akan fikir kami menakutkan orang ramai; tetapi kami tidak
berniat berbuat demikian dan ini adalah satu kerajaan yang bertanggungjawab.
“Jadi saya berharap pengundi
individu di Negara ini cukup matang untuk tahu apa yang betul kerana pada
asasnya mereka akan memutuskan nasib mereka sendiri. Mereka harus melihat rekod
dan tidak sukar untuk faham apa yang akan berlaku jika anda betul-betul
berubah.
“Jadi inilah yang cuba
dikatakan oleh Perdana Menteri kepada rakyat dan rakyat memahaminya.”
Yee yang mempertahankan
kerusi Api-Apinya dalam Pilihan raya pada 5 Mei berkata demikian apabila
ditemui oleh pemberita di dewan Bandaraya Kota Kinabalu, baru-baru ini. (DE)
No comments:
Post a Comment