Sunday, 28 April 2013

RADIN MALLEH SEMAKIN ANDROPAUS?






Oleh: JACOB BALANG

TENOM: Calon Parti Maju Sabah (SAPP) bagi DUN Melalap, Roger Stimin mengajak rakyat di kawasan Melalap agar insaf dan bangkit untuk terus berjuang menukarkan kerajaan kukubesi BN pada PRU13 termasuklah ADUN Melalap yang telah berkhidmat selama 4 penggal; tetapi tidak ada kemajuan maksima dilaksanakan.

Beliau berkata, kerajaan USNO yang menerajui kerajaan sejak tahun 1967 dan berakhir tahun 1976 rakyat dapat lihat sendiri kejayaannya seperti jambatan Tenom Lama atau lebih dikenali Jambatan Tun Mustapha.

Kerajaan Parti Berjaya yang menyusul kemudian selepas mengalahkan kerajaan USNO pada PRN 1976 juga menempah banyak pembangunan pesat antaranya Stesen Hydro Pangi, Skim penempatan LIGS Lagud Seberang dan Kuala Tomani.

Apabila PBS timbul pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengalahkan kerajaan Parti Berjaya pada tahun 1985 lagi pesat pembangunan yang berjaya dilaksanakan melalui Datuk Kadoh Agundong seperti Pusat Kebudayaan Murut, Masjid Daerah Tenom, Pasar Besar Tenom dan banyak lagi pembangunan kecil-kecilan.

Sungguh malang sekali, apabila Datuk Radin Malleh mengambil alih DUN Melalap tidak ada satu pun dapat dibangunkannya sehingga sekarang.

Tidak dinafikan bahawa Pekan Kecil Melalap adalah antara yang diusahakannya namun sehingga sekarang ia sekadar omongan kosong kerana pecah tanah yang dilakukan tahun lepas (2012) oleh Ketua Menteri Sabah kononnya bermulalah pembinaan pekan kecil Melalap satu 'sandiwara' sahaja.

Oleh itu, Roger mengajak rakyat agar tidak mengharap sangat janji-janji yang pernah ditaburkan BN sebelum ini; sebaliknya meninggalkan semua itu sebagai satu ikhtibar dan memulakan langkah baru bersama sama dengan beliau untuk mengangkat martabat SAPP sebagai wadah perjuangan baru untuk menuju ke era pembangunan yang lebih pesat.

“Sejak tahun 1963, kita sudah berada didalam BN, tetapi kita lihat di kawasan luar bandar masih mundur dan rakyatnya juga masih miskin, hospital Tenom kelihatan bangunannya masih ditakuk lama manakala infrastruktur jalanraya masih daif, berlubang-lubang belum diaspal atau dinaiktaraf; tetapi pemimpin mereka masih mempertahankan slogannya janji ditepati,” kata beliau terus disambut dengan tepukan gemuruh sambil melaungkan slogan TUUKKKAARRR!

Dalam pada itu, ramai hadirin di majlis itu yang meramalkan bahawa talian hayat politik Datuk Radin kini berada di zaman kegelapan dan kepupusan kerana rata-rata pengundi di kawasan DUN Melalap sudah mencapai kira-kira 70 peratus beralih sokongan secara lisan kepada Roger Stimin.

Seorang penyokong BN yang enggan identitinya disiarkan berkata, “Ramai kami dalam BN tapi sekadar untuk cari makan selain menjaga kepentingan kami dalam kerajaan. Itu semua kulit sahaja,” tegasnya yang datang mendengar ceramah Roger Stimin di Kg Pulong pada Jumaat.

No comments:

Post a Comment