Saudara Pengarang,
SAYA, Edham Karim. Nombor
Mykad 710904-12-5647. Gambar di sebelah kiri di atas adalah wajah saya sebenar. Kini saya
tinggal di Kinabatangan. Surat ini saya tulis untuk mendedahkan penipuan yang
dilakukan oleh Calon N44, Karamunting.
Sebelum tirai PRU 13 dibuka,
Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mencanangkan kemunculan calon muka baru
dengan imej sebagai 'Calon Boleh Menang.'
Calon ini kononnya amat
bersih dan melepasi 'index' tertinggi kesempurnaan dari segala macam perbuatan
jenayah seperti rasuah dan sebagainya.
Bagaimanpun ternyata cacat
juga mekanisma penapisan calon-calon sempurna Kerajaan BN ini. Malah konsep 'Calon
Boleh Menang' itu sebenarnya hanya omong kosong sahaja yang ada hanya 'calon
yang kaya dan boleh mengumpul dana' untuk kelangsungan BN dalam PRU 13 ini.
Di sini saya kemukakan
contoh kecil untuk tatapatan rakyat jelata Sabah sebagai panduan sebelum 5 Mei
2013.
Saya begitu terkejut apabila
nama seorang calon Karamunting bagi kerusi BN diumumkan. Bersihkan orang ini? Anak
jutawan Trushidup Plantation Sdn Bhd mempunyai kisahnya tersendiri.
Pada 1975 seramai 40 orang
telah memohon tanah di Bod Napu, Sukau, Kinabatangan dan sekitar 1996 kerajaan
telah melulus permohonan tersebut dengan
keluasan antara 6-14 ekar seorang. Bagaimanapun pada 12 Februari 1996, kesemua
geran tanah tersebut telah dipindah milik kepada Pang Su Pin tanpa pengetahuan
para pemilik sebenar.
Bapa saya, Mohd Karim bin
Dana merupakan salah seorang pemilik tanah dan telah membuat bantahan di PPHT
Kinabatangan pada tahun 1999; seterusya membuat laporan polis No Repot
002786/12 bertarikh 29 Disember 2012.
Siasatan kami mendapati,
pindah milik geran-geran tanah tersebut kepada Pang Su Ping telah dilakukan
menggunakan Surat Kuasa (Power Attorney) bertarikh 08 Mei 1993 dan 16 Mei 1993.
Semua pemilik tanah tidak menandatangi dokumen tersebut di hadapan Peguam Peter
Lo & Co; malah arwah ibu saya (Norhana Bt Gani) yang telah meninggal dunia
pada 28 Ogos 1987 juga merupakan penandatangan dokumen Surat Kuasa (PA) bertarikh 08 Mei 1993.
Pihak Kami telah melantik
Tetuan Umar Muhamad & Co untuk mengendalikan kes tuntutan kami; di mana 15
geran telah didaftarkan 'Caveat' sementara kami telah dinasihatkan oleh Peguam
Umar Baki Aliudin untuk menfailkan 'Private Complaint' di Mahkamah Magistret
Sandakan di bawah peruntukan Seksyen 108(i) Kanun Acara Jenayah.
Yang Benar,
EDHAM BIN KARIM
Penduduk Kinabatangan
No comments:
Post a Comment