SUNYI
......Markas BN di Ganggarak seperti berkabung kerana kemeriahan pilihanraya
tidak begitu terasa disebabkan pemimpin veteran diketepikan Calon BN yang
terlalu taksub dengan semangat parokial yang tinggi.
Oleh : MUTALIB M.D
HANYA tinggal tidak sampai
satu minggu lagi rakyat Labuan akan turun untuk menunaikan tanggung jawab
mereka memilih Ahli Parlimen Baru bagi menyumbang satu kerusi ke Putrajaya;
UMNO Labuan terus dibelenggu krisis dalaman kerana pilihanraya semakin hambar
disebabkan Calon BN, Rozman Haji Isli terlalu rasis dan mengamalkan semangat
parokial yang terlalu tinggi.
Tinjauan Sabahkini.net di
sekitar beberapa Pusat Mengundi di Labuan mendapati seolah-olah 'berkabung' dan
dapat merasai karier politik Rozman bakal berakhir pada PRU-13 kerana rakyat
kebanyakan semakin tertarik kepada calon korporat PKR, Tan Sri Ibrahim Menudin.
Dengan penarikan diri Calon
PAS, Hadnan Mohamad, kem Pakatan Rakyat menerima lonjakan semangat dengan
sokongan DAP dan berpaling tadahnya masyarakat Cina daripada menyokong BN;
merupakan malapetaka paling malang bagi kerusi yang semakin panas ini.
Ketaksuban Rozman dan sifat
individualistik yang tumbuh dalam dirinya mula membakar secara perlahan dan
menimbulkan kejengkelan di kalangan para pengundi yang melihat seolah-olah
Rozman tidak memerlukan undi mereka untuk menang.
Bukan lagi rahsia, kempen
Rozman berkiblatkan dan mendewa-dewakan kepentingan suku kaumnya, Kedayan telah
menghiris luka hati suku Kaum Brunei, yang membentuk komposisi terbesar di
Labuan.
Entah disebabkan sibuk atau
syok berkempen untuk diri sendiri, Rozman seolah-olah melupakan terus para
pengundi di PDM Patau Patau 1, Patau Patau 2, Ranca Ranca Laut, Ranca Ranca
Darat, Bebuloh Laut, Bebuloh Darat, Kg Gersik dan Saguking, Ganggarak, Lubok
Temiang, Batu Manikar, Nagalang, Batu Arang, Sg.Keling, Sg Bedaun dan
sebagainya yang merupakan kawasan Majoriti Melayu Brunei.
Rozman mungkin lupa bahawa di
kebanyakan kampung Kedayan, Suku Brunei membentuk sekurang-kurangnya 30 sehingga
40 peratus; malangnya di kebanyakan kampung tersebut Suku Brunei lebih banyak
dari Suku Kedayan.
Sikap ego dan besar kepala
yang ditunjukkan Rozman semakin ketara apabila beliau secara peribadi enggan
membenarkan Mantan Ahli Parlimen, Datuk Abduk Mulok Awang Damit, Datuk Suhaili
Abdul Rahman dan Datuk Yusof Mahal berceramah dan berkempen; sebaliknya
menggunakan tenaga muda 'Kedayan' yang langsung tidak berpengalaman, terutama Majlis
Belia Labuan, NGO yang nyawa-nyawa ikan.
Embargo terhadap Mulok, Suhaili
dan Yusof menunjukkan Rozman mempunyai agenda peribadi dan seolah-olah
dikongkong oleh pemimpin berhaluan kiri dalam UMNO Labuan, terutama Haji Bashir
dan Mohd Raffe.
Usaha Sabahkini.net untuk
menghubungi Mulok, Suhaili dan Yusof masih tidak berjaya; manakala Rozman
enggan melayani panggilan Sabahkini.net yang disifatkan cuba mensabotaj kempen
beliau.
Dalam pada itu, para
pemerhati politik di Labuan yakin Rozman akan tewas di tangan Ibrahim yang
semakin meraih sokongan, ekoran Ketua Cawangan dan Ketua Kampung semakin
menjeruk hati kerana Rozman tidak langsung memerlukan khidmat mereka untuk
berkempen.
Sikap Rozman mengenepikan
pengundi berusia 45 ke atas amat bahaya kerana golongan tersebut membentuk
lebih daripada 40 peratus daripada polarisasi pengundi Labuan yang selama ini penyokong
tegar BN; berbanding dengan belia yang kurang komited terhadap parti dan sering
meremehkan tugas untuk mengundi.
Untuk rekod, terdapat 24,457
pengundi berdaftar di Labuan termasuk 1,500 pengundi Pos; masing-masing Melayu
9,604 orang (39.27 peratus); Cina 5,670 orang (23.18 peratus); India 353 orang
(1.44 peratus); Bumiputera Sabah 7,717 orang (31.55 peratus); Bumiputera
Sarawak 424 orang (1.74 peratus) dan Kaum Lain 687 orang (2.80 peratus); lebih 45
peratus daripadanya generasi muda yang celik IT.
Dalam keadaan yang semakin
meruncing, dengan sokongan yang tidak menentu; para penceramah hingusan yang
dijemput berceramah di Majlis Kempen BN Labuan; gagal mematahkan isu yang
dibawa oleh Pembangkang di Labuan; bagaikan ayam jantan yang kokok
berderai-derai tetapi bontot penuh tahi.
Tidakkah pemimpin UMNO
Wilayah Persekutuan dan Perdana Menteri sedar bahawa senario yang berlaku di
Labuan ini bakal mengulangi apa terjadi di Sungai Siput Perak apabila tokoh
ternama seperti Samy Velly kecundang kerana terlalu yakin sehingga
membelakangkan peranan partisan lain yang akhirnya menyebabkan UMNO akan
kehilangan kerusi Labuan disebabkan calon 'hingusan' yang berlagak seperti 'RAMBO'
di layar perak!
No comments:
Post a Comment