Sunday 28 April 2013

LDP SEMPORNA ZAHIRKAN SOKONGAN





PRU.....Nasir (berdiri tengah) mengabadikan gambar kenangan bersama Lai Fui Ming (kiri); Datuk Chao (empat kiri); Datuk Chua Ching Wah (empat kanan) sempena kunjungan itu di Semporna.

Oleh : ARSHAD HUSSIN

SEMPORNA : Timbalan Ketua Bahagian UMNO P.189 Semporna, Dato Sri Nasir menerima kunjungan hormat rombongan parti Liberal Democration Parti (LDP) di kediaman kampung Ayer Semporna.

Rombongan seramai lapan orang itu diketuai Ketua Bahagian LDP Semporna,Lai Fui Ming dan disertai Timbalan Ketua Bahagian LDP Semporna, Lee Tiam Choi; Setiausaha LDP Semporna, Shim Kwan Tai; Kapitan Cina Kawasan Bubul, Datuk Chao Yan San; Kapitan Cina Kawasan Dun Bugaya, Joseph Lo Vui Foh; Kapitan Cina Kawasan Bandar,Ong Hang Seng;Datuk Chua Ching Hua dan Pua See Chok.

Sempena kunjungan itu Dato Sri Nasir berbincang mengenai hal ehwal politik di kawasan Semporna dan LDP Semporna selaku parti komponen BN menzahirkan sokongan penuh kepada semua calon-calon BN di kawasan Parlimen Semporna.

No comments:

Post a Comment