Sunday 28 April 2013

LIBARAN MASIH MUNDUR DAN TERCICIR




1MALAYSIA.....Sahar Calon Bebas yang percaya kepada konsep 1Malaysia.


Oleh : SHAIMON S JUMADI                  Foto : SAFFIE S JUMADI

LIBARAN : Calon Bebas Parlimen Libaran, Sahar Saka (gambar) terus mendapat sokongan padu daripada seluruh pengundi kawasan Libaran yang merangkumi dua DUN Sungei Sibuga dan Gum-Gum.

Ini jelas di mana-mana sahaja Sahar pergi untuk berkempen, sama ada di kawasan Cina, Melayu dan KDM disambut dengan penuh semangat kerana mereka mahukan seorang pemimpin yang dinamik dan telus memegang tanggungjawab yang bakal diamanahkan itu.

“Saya bertanding sebagai calon bebas di kawasan Libaran, sama sekali bukan anti kerajaan BN. Saya masih hormatkan pucuk pimpinan Perdana Menteri dan Ketua Menteri. Saya bertanding kerana sudah tiga kali melobi calon sehingga kini, sedikitpun tidak diberi peluang oleh Barisan Nasional,” ujarnya dengan nada sedih.

Kata Sahar lagi, beliau juga ingin menguji kekuatan politik yang beliau semai, baja dan mantapkan sejak UMNO menyertai UMNO sama ada beliau mempunyai pengaruh atau sebaliknya; namun terkejut menerima sokongan yang begitu ramai yang akan diterjemahkan di peti undi kelak.

Sebenarnya, kata Sahar, rakyat di Libaran masih kehausan pembangunan kerana banyak lagi kampung masih terketinggalan daripada arus perdana pembangunan negara seperti ketiadaan sistem bekalan air bersih di Kampung Sungai Memanjang dan kemudahan asas lain kerana janji PRU-12 belum lagi terlaksana.

“Sekiranya saya diberi mandat oleh rakyat pada 5 Mei nanti dan jika ditakdirkan saya menjadi Ahli Parlimen Libaran, saya akan meneruskan misi dan visi saya untuk meneruskan agenda kerajaan dalam mempertingkatkan lagi prasarana, taraf sosio ekonomi penduduk setempat," kata Sahar yang yakin akan berjaya ditambah baik agar mereka lebih selesa mengharungi kehidupan seharian.

Sahar berkata demikian dalam wawancara khas dengan Sabahkini.Net malam tadi sambil menjelaskan dengan terperinci mengenai hala tuju dan objektifnya beliau nekad bertanding sebagai calon bebas, walaupun natijahnya amat berat, sekalipun niatnya berjuang demi untuk rakyat.

No comments:

Post a Comment