Thursday 25 April 2013

CALON UMNO MAIN WAU BULAN?





SETELAH selesai peletakkan beberapa roket DAP di Batu Sapi di sekitar Parlimen Batu Sapi Sandakan, kini tiba pula giliran wau bulan PAS mewarnai lagi suasana PRU di sini.
Wau bulan yang disiapkan sejak beberapa hari lalu sudah sedia ‘diterbangkan’ dan kini wau bulan tersebut dipacak betul-betul di hadapan Bilik Gerakan PAS P.185 Batu Sapi Sandakan. 
Lokasi berkenaan dianggap srategik kerana seluruh penduduk kampung yang melintasi jalan tersebut boleh melihat wau bulan gergasi itu. Tambahan pula, lokasinya berdekatan dengan Kampung Istimewa.
Wau bulan yang menggunakan 17 bendera PAS itu disiapkan oleh beberapa petugas yang bertungkus lumus siang dan malam.
"Selain bendera gergasi, kita juga mempunyai wau bulan yang sangat besar. Biar seluruh penduduk Batu Sapi sedar akan kehadiran kita di sini. Moga ia juga menjad isyiar berterusan di bumi bertuah ini," kata Haji Hamzah Abdullah ketika diminta menyatakan pendapat berkenaan dengan wau bulan tersebut.
Rata-rata penduduk yang melalui jalan tersebut pasti akan menoleh melihat wau tersebut dan ada antara mereka yang melaungkan ‘Ini kali lah!’ kepada petugas yang sentiasa berada di bilik gerakan.

No comments:

Post a Comment