Thursday 25 April 2013

YUSOF AFDAL YAKIN MAMPU PULIHKAN EKONOMI





MESRA.....Yusof sedang bermesra dengan kanak-kanak istimewa di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti, Lahad Datu.


LAHAD DATU: Berpendidikan baik dan berpengalaman luas dalam bidang ekonomi, kewangan dan perniagaan, calon BN untuk N50 Lahad Datu, Dato Haji Mohammad Yusof Haji Afdal dilihat ramai sebagai seseorang yang boleh memberi sumbangan lanjut dalam melonjak pembangunan ekonomi daerah ini, jika beliau dipilih oleh pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini.

Pencerobohan bersenjata baru-baru ini di Kampung Tanduo, Tungku dekat sini menyebabkan kesan negatif pada ekonomi di sini dengan peniaga pasar malam mendakwa berlakunya penurunan pada perniagaan sebanyak 70 peratus, sementara pelaburr domestik meninggalkan daerah itu.

Janji Yusof baru-baru ini untuk memulihkan keyakinan terhadap keselamatan yang lebih baik juga memberi harapan baru kepada masyarakat di sini untuk masa depan lebih baik dan stabil.

Tamat pengajian di Amerika Syarikat dengan Sarjana Muda Sastera dalam Pengurusan Kewangan pada 1984, Yusof, seorang Bajau Muslim, kemudiannya menceburi industri perbankan ketika beliau baru berumur 24 tahun.

Bermula sebagai Pegawai Pinjaman dengan Sabah Development Bank Berhad, kemudian berpindah ke City Finance Berhad pada 1987, beliau berhenti kerja untuk menubuhkan syarikatnya sendiri, Lapa Construction Company pada 1989.

Beliau bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris, mengumpul lebih 30 tahun pengalaman dalam dunia ekonomi, beliau mendapat tempat dalam Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah sebagai Ahli Majlis Tertinggi dari 1999 sehingga ke hari ini.

Bagi masyarat tempatan di sini, Yusof bukan orang asing kerana beliau juga bergiat aktif dalam arena politik Silam setelah menyertai Umno pada 1990 dan dipilih sebagai AJK Pergerakan Pemuda Bahagian Silam dari 1992 hingga 1995; kemudian dilantik sebagai Ketua Penerangan Bahagian pada 1996 hingga 2000; merangkap Ketua Pentadbir untuk Umno P163 Silam dan DUN N41 Kunak dari 1996 hingga 2003.

Beliau juga dipilih sebagai Naib Ketua Bahagian untuk Umno P163 Silam dari 2000 hingga 2003, dan selepas itu dipilih sebagai Timbalan Ketua Bahagian Umno P163 Silam (Protem) dari 2003 hingga 2004, beliau menjadi Ketua Bahagian pada 2004.





SOKONG.....Masyarakat Cina melalui MCA memberikan sokongan penuh kepada Yusof sebagai calon BN.

Semasa tempoh itu, Yusof berkahwin dengan Hajah Saleha Tun Haji Sakaran, anak Mantan Yang di-Pertua Negeri, Tun Haji Sakaran Dandai, dan berpindah ke Kunak agar isterinya berdekatan keluarga, dan menjadi Umno cawangan Kampung Sungai Langgas di Kunak.

Didorong hasrat berkhidmat untuk rakyat, Yusof berharap pengundi di sini akan memberinya peluang, dengan ikatan antara penduduk di sini beliau bersedia mendengar rungutan mereka dan terbuka kepada sebarang cadangan dan kritikan membina, selagi ia untuk kesejahteraan rakyat di sini.

"Saya tidak mempunyai masalah bergaul dengan rakyat di sini. Saya tinggal dan bekerja di sini selama beberapa tahun. Saya mempunyai ramai kawan di sini dan saya terbuka kepada sebarang cadangan dan kritikan untuk menambah baik sistem pelaksanaan saya bagi rakyat. Saya hanya minta peluang untuk berkhidmat untuk rakyat," tambahnya.

Yusof bercakap pada media selepas menerima satu kunjungan hormat daripada perwakilan PBS Lahad Datu yang diketuai oleh Pengerusi cawangan, Tan Yong Thien pada tengah hari Ahad lepas.

Sementara itu, Tan dan ahli cawangannya berjanji memberi sokongan penuh kepada Yusof dan menggesa masyarakat Cina di sini untuk memberi undi mereka kepada BN pada 5 Mei untuk membawa kestabilan dan kemakmuran lanjut kepada daerah itu. (DE)

1 comment:

  1. Pilihan Tepat..Datuk Hj Yusof N50 Lahad Datu.Kita mempunyai keyakinan yang penuh beliau mampu megubah dan meningkatkan kestabilan dan ekonomi masyarakat Lahad Datu yang pelbagai kaum.

    ReplyDelete