Sunday, 28 April 2013

UMNO GAGAL BAWA PERUBAHAN DI SEBATIK






ROSAK...Jeffry melawat Jeti Usang milik North Borneo Timber (NBT)  yang menjadi pintu masuk utama penduduk penduduk kampung Walace Bay yang terbiar tanpa ada usaha pihak kerajaan menaik taraf atau pembinaan baru

Oleh : SYED KAMAL

TAWAU : Calon Reformasi Negeri (STAR) Datuk Dr Mohd Jeffry Rosman berharap jika pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebatik memilihnya menjadi wakil rakyat pada 5 Mei nanti.

Jeffry, 38, berazam mahu menyumbang untuk membangunkan kawasan itu dan membantu penduduk di kawasan itu terutama yang masih dalam keadaan miskin.

"Memang, saya menaruh harapan menjadi pemimpin di kawasan DUN Sebatik kerana melihat masih banyak perubahan perlu dilakukan terutama sekali bagi meningkatkan taraf hidup ekonomi penduduk disini," katanya.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMI’S) berkata, bekalan elektrik dan air yang ada hanya meliputi lima peratus penduduk di kawasan Sebatik dan tidak meliputi di kawasan kampung terpencil dan hasratnya adalah memastikan setiap rumah di Sebatik menerima kemudahan pada tersebut pada masa akan datang.

"Jika dipilih menjadi wakil rakyat, sudah tentu peluang yang diberikan itu akan saya gunakan dengan baik untuk melaksanakan impian membangunkan kawasan Sebatik dan menjaga kebajikan rakyat," kata Jeffry yang yakin akan membuat perubahan drastik membangunkan Sebatik agar setaraf dengan kawasan lain dalam kempen ceramah Manisfesto beliau di Kampung Walace Bay dan Kampung Mentadak.

Sebagai muka baru untuk DUN Sebatik, Jeffry mengucapkan terima kasih kepada semua wakil pendududuk kampung yang secara sukarela menjadi Jentera Pihanraya STAR DUN Sebatik kerana mahu memilihnya bagi menggantikan wakil rakyat sebelum ini, Muis Picho (BN) yang tidak mesra rakyat dan tidak membawa sebarang bentuk perubahan taraf hidup ekonomi penduduk penduduk di Pulau Sebatik.

Katanya, beliau akan menggunakan peluang itu sebaiknya dan akan memastikan kemenangan STAR bagi meneruskan agenda membangunkan DUN Sebatik dengan kaedah menarik para pelabur luar dan mewujudkan sosio-ekonomi penduduk di kawasan itu terutama yang masih dalam kategori miskin.

Jeffry meminta calon lain yang bertanding di DUN Sebatik agar berkempen secara berhemah dan profesional tanpa membuat serangan peribadi bagi raih sokongan pengundi; sebaliknya apa yang harus  dilakukan oleh calon yang bertanding ialah membuktikan apa mereka mampu buat untuk membangunkan kawasan Sebatik.

Jeffry dicabar tiga calon dari Barisan Nasional Muis Picho (Penyandang); Daud Jalaludin (PAS) dan Yusuf Lewah (Bebas). Pada PRU ke-12, Muis Picho (BN) memenangi kerusi DUN Sebatik  dengan majoriti 3,831 undi. Kawasan itu mempunyai 9,510 pengundi.

No comments:

Post a Comment