Oleh : ROZIE JUMAT
TAMBUNAN : Rakyat
di pedalaman di minta untuk memberi sokongan penuh kepada calon Barisan
Nasional (BN) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, sebagai hadiah besar terhadap sumbangan
yang diberikan kepada rakyat selama ini sebelum bersara dari arena politik.
Setiausaha Barisan Nasional
(BN) P.180 Keningau, Datuk Daniel Kinsik berkata, sejak tahun 1976 Pairin telah
banyak membawa perubahan kepada rakyat di Sabah secara keseluruhannya, meskipun
berhadapan dengan pelbagai kisah pahit dan manis di dalam perjuangannya demi
untuk rakyat.
Menurut Daniel, rakyat Tambunan
sangat bangga kerana Wakil Rakyat mereka pernah menjadi Ketua Menteri.
Sebelum ini Pairin, Presiden
Parti Bersatu Sabah (PBS) pernah menyatakan secara terbuka bahawa Pilihanraya Umum
Ke 13 ini merupakan, pilihan raya terakhir baginya.
Daniel yang juga Timbalan Ketua
Bahagian PBS Tambunan berkata demikian di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kg.
Tondulu di sini.
“PRU 13 ini adalah pilihan raya
terakhir beliau, untuk mengingati sumbangan Pairin terhadap Tambunan dan Keningau
beri dia hadiah, beri dia undi, beri kemenangan yang besar kepada beliau,” ujar
Daniel.
Hadir sama calon BN Tambunan
dan Parlimen Keningau, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan serta Ketua Bahagian Parti
Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Cyril Yansalang.
Beliau turut mengingatkan pengundi
bahawa bukannya mudah untuk berada di bawah kepimpinan pembangkang.
“Pada tahun 1994 kita pernah
jadi pembangkang, bukan senang jadi pembangkang,” kata Daniel mengingatkan golongan
muda, khususnya pengundi atas pagar agar memberikan undi kepada calon BN yang
telah banyak membawa kesan pembangunan dan kemajuan di kawasan pedalaman.
PBS menyertai semula BN pada
tahun 2002 dan kini merupakan rakanpasukan kepimpinan BN di peringkat
Persekutuan dan Negeri.
Tampat paling ngam kasi awet jaa ni huguan sioa simpan d mujium. ... Kotohhhh
ReplyDelete