Oleh : AIDILA RAZAK
WALAU penerimaan bekas
pemimpin Umno Datuk Seri Lajim Ukin dilihat memberi kelebihan kepada Pakatan
dalam usaha untuk merampas kerusi parlimen Beaufort, keadaan berbeza
diperhatikan untuk bekas pemimpin UPKO, Datuk Seri Wilfred Bumburing di Tuaran.
Kawasan yang terleak sejauh
kira-kira 40 minit perjalanan dari bandar Kota Kinabalu itu meliputi tiga
kawasan DUN – Tamparuli dan Kiulu dengan majoriti pengundi KadazanDusun Murut,
serta Sulaman yang kebanyakannya merupakan pengundi bumiputera beragama Islam.
Pergeseran di kawasan itu
dikesan sejak sebelum hari penamaan calon apabila ketua PKR Tuaran Ansari
Abdullah mengumumkan dirinya sebagai calon PKR kawasan tersebut, namun
kemudiannya diketepikan apabila Bumburing yang bersekutu dengan NGO APS
diumumkan sebagai calon.
Keretakan itu semakin ketara
apabila PKR Tuaran mengumumkan sokongan kepada calon Bebas – anak Ansari,
Erveana untuk kerusi Tuaran dan Ali Akhbar Ali untuk Kiulu, dengan lambang
bunga raya. (MKINI)
No comments:
Post a Comment