Saudara Pengarang,
AKHIRNYA percubaan Hj Ansari
Abdullah untuk menawan Tuaran buat kali ketiga hancur berkecai setelah nama
beliau diketepikan kali ini oleh pucuk pimpinan pusat.
Sesungguhnya sesuatu yang
malang bagi penduduk Tuaran apabila ribut taufan melanda PKR, akibat sikap tamak
seseorang, yang dikhabarkan pernah berkata bahawa kedudukan tidak penting; akan
tetapi misi utama beliau sebelum berundur adalah untuk memastikan PR berjaya
menumbangkan BN.
Bagaimanapun itu hanya cakap
orang politik. Sememangnya sesuatu yang malang dan satu malapetaka kepada penduduk
Tuaran pada PRU 13 kali ini. Apakan daya nasi sudah jadi bubur kerana pada
awalnya dijangkakan PR menerusi PKR sudah pasti menawan Parlimen Tuaran dan DUN
Tamparuli, serta Dun Kiulu; malah mempunyai peluang 60-40 untuk menumbangkan
Adun Sulaman, Datuk Hajiji Noor.
Namun dengan senario ribut
taufan yang melanda PKR Tuaran, akibat perebutan untuk jadi calon Parlimen
Tuaran itu, sesungguhnya adalah sesuatu yang malang serta menyedihkan rakyat
Tuaran, yang dahagakan perubahan.
Sememangnya masyarakat
Tuaran sudah pasti mahukan perubahan kali ini, akan tetapi dengan senario
sekarang, masyarakat Tuaran masih dalam kebingungan dan sudah pastinya akan
menguntungkan BN untuk kembali mempertahankan Parlimen Tuaran; serta
ketiga-tiga DUN, sememangnya kedua-dua Tokoh pembangkang Tuaran ini, iaitu
Datuk Wilfred Bumburing dan Hj Ansari Abdullah masing-masing mempunyai
penyokong setia di Tuaran.
Kedua-duanya saling perlu memerlukan
antara satu sama lain. Sebelum ini kekuatan pembangkang di Tuaran sememangnya berpaksikan
kepada kedua-dua tokoh ini.
Jika mereka sudah berkerat
rotan, berpatah arang, maka alamatnya perjuangan PR di Tuaran selama ini hanya
tinggal angan kosong kerana adalah mustahil untuk menumbangkan BN andainya
mereka tidak bersatu.
Jesteru itu kita semua
masyarakat Tuaran merayu pada kedua-dua tokoh ini agar mereka duduk berbincang
serta lupakan masalah mereka, agar mereka bersatu kembali untuk menumbangkan BN
di Bumi Tuaran.
Dengan bersatunya mereka, barulah
ada harapan untuk menumbangkan BN di bumi Tuaran. Ingat Datuk Wilfred, Hj
Ansari bahawa laugan rakyat itu penting dari diri sendiri.
"INI KALI LAH "
Salam Hormat,
VISI RAKYAT TUARAN
No comments:
Post a Comment