Saturday 27 April 2013

THOMAS KELUAR, KITA TIDAK TERJEJAS







Oleh: JACOB BALANG

KEMABONG : Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Sabah tidak terkejut malah tidak terjejas sama sekali penyertaan bekas Adun Bingkor Thomas Anggan yang juga merupakan Pengerusi Parti KITA Sabah ke pangkuan Barisan Nasional (BN) baru baru ini.

Demikian dinyatakan Timbalan Pengerusi parti KITA Mutang @ Sylvester bin Dawat (gambar), yang juga calun parti itu bertanding dikawasan Parlimen Tenom ketika diminta mengulas tindakan Thomas meninggalkan Parti KITA sepertimana yang dilaporkan.

Bagaimana pun, Thomas yang disebut sebut untuk bertanding dikawasan Dun Bingkor dan Parlimen Keningau atas tiket Parti KITA pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13) tidak menjadi tanpa memberi apa apa alasan.

Mutang berkata, beliau sedia memikul tanggung jawab parti selepas Thomas Anggan keluar meninggalkan mereka kerana parti itu dikembangkan ke Sabah atas kehendak rakyat Sabah itu sendiri.

Pada hematnya, tidak ada sebabnya tergesa gesa meninggalkan perjuangan itu selama kira kira lebih dua tahun bertapak diSabah tetapi ianya sekadar mampu untuk separuh jalan untuk sampai ke kemuncaknya, namun harapan rakyat terutamanya para penyokong parti itu terus dihampakan begitu sahaja, tegas Mutang.

Ketika ditanya berhubung dakwaan Thomas kononnya jumlah keahlian Parti KITA diSabah keseluruhannya setakat ini berjumlah 4,000 dimana diPedalaman hanya setakat 1,000 keahlian adalah tidak benar dan karut semata mata (hentam keromoh).

“ Terpulang lah kepada Thomas mentafsirkan kekuatan Parti Kita dalam apa sahaja bentuk andaiannya dalam masa sekarang...tetapi perjuangan kita akan terus kukuh dan didokongi oleh golongan muda profesional selepas PRU13,” tegasnya lagi.

Mutang terlibat didalam pertandingan empat penjuru bagi Parlimen Tenom pada PRU13 antaranya Datuk Raime Unggi (BN-penyandang), Jimmy Jawatah (SAPP), dan Masdin Tumas (PKR) untuk meraih sokongan pengundi seramai hampir 24,000 yang merangkumi Dun Melalap dan Kemabong pada 5.5.2013.

No comments:

Post a Comment