HADIR…..Kelihatan para pemilik ladang dan sebahagian pegawai kanan polis yang turut hadir pada sesi dialog tersebut.
Oleh : SHAIMON S JUMADI
KETUA Polis Daerah Sandakan, ACP Roslie Mohd Isah berkata terdapat beberapa ladang kelapa sawit di daerah ini memang sentiasa berdepan dengan pelbagai masalah terutamanya sekali kegiatan jenayah.
“Terutama sekali kegiatan mencuri buah sawit semakin menjadi-jadi. Tambahan pula terdapat kegiatan perjudian seperti sabung ayam, pergaduhan dan juga rompakan yang sering terjadi,” katanya.
ACP Roslie berkata demikian dalam sesi Dialog Polis dengan Para Pemilik Ladang Kelapa Sawit di daerah ini, di sini kelmarin.
Apapun jelas Roslie kebanyakan kes seumpama itu yang berlaku di ladang mereka tidak dilaporkan kepada polis dengan alasan untuk menjaga imej syarikat mereka daripada tercemar.
Selain dari itu jelas Roslie lagi, memang banyak masalah dalaman yang sering timbul terutama masalah pekerja yang sering melarikan diri, gejala sosial dalam estet seperti terdapatnya pergeseran dengan staf, termasuk kes pecah amanah dan mencuri buah kelapa sawit dan kerbau.
Roslie berkata, dengan adanya kerjasama para pemilik ladang dengan pihak Polis, maka polis telah dapat menyelesaikan lebih 30 kes jenayah yang berlaku di beberapa estet tertentu yang membabit buruh asing.
Sementara itu, Penolong Pengarah Imigeresen Sandakan, Jaimin Sumpit turut menjelaskan beberapa perkara khusus untuk panduan kepada para pemilik ladang agar tidak mempelawa orang yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri tinggal atau bekerja di ladang mereka dan adalah menjadi satu kesalahan jika para pemilik ladang tersebut berbuat demikian.
“Kita sedar 70 peratus daripada jenayah yang dilakukan oleh pekerja-pekerja ladang adalah terdiri daripada pekerja asing. Jadi, jika mereka tidak mempunyai pengenalan diri, bila mereka terlibat dengan jenayah seperti mencuri, membunuh dan sebagainya; maka mereka mudah melarikan diri. Sudah tentu pihak berkuasa, khususnya pihak polis sukar untuk mengesan atau menjejaki mereka ini,” jelas Jaimin lagi.
Majlis Dialog yang diadakan di Dewan Institut Latihan Perindustrian (ILP) telah dihadiri lebih 80 orang yang terdiri daripada tuan-tuan punya ladang termasuk pegawai-pegawai kanan polis.

No comments:
Post a Comment