Tuesday, 19 October 2010

BUDAYA JEFFREYNISME MENULAR KE BATU SAPI?




Saudara Pengarang,

SEBAGAI AJK PKR Cabang Libaran, saya teramat kesal dengan kenyataan AJK PKR Cabang Batu Sapi dalam Sabahkini.net pada 18 Oktober 2010 yang bertajuk ‘TAMRIN LUPA DIRI DAN GILA JADI CALON?’ yang kelihatan seolah-olah beliau tidak mengenali etika kepimpinan dalam sebuah Organisasi.

Sebenarnya pengalaman pahit PKR tahun lalu apabila berlaku Krisis kepimpinan PKR Sabah oleh Kumpulan KDMTF (Kadazan Dusun Murut Task Force) pimpinan Datuk Dr.Jeffry Kitingan diulangi oleh kumpulan Cabang Batu Sapi yang diketuai oleh Kumpulan Ansarinisme.

Sememangnya Dua kumpulan ini nampaknya adalah perosak kepada harapan rakyat Sabah yang inginkan perubahan pada pilihanraya PRU13 kerana sanggup menjadi kuda tunggangan orang atasan dalam BN untuk memuaskan nafsu mereka, mengutuk dan mengaibkan pemimpin sendiri demi peluang untuk menjadikan diri sebagai hero jagoan kampung.

Jika dulu, Sindrom Jeffreynisme memalukan kepimpinan Pusat PKR khasnya Datuk Seri Anwar Ibrahim bila tidak dapat memuaskan nafsu rakus mereka untuk menonjolkan diri sebgai pemimpin PKR Sabah, hari ini Sindrom Ansarinisme pula memalukan bos mereka di Sabah iaitu Ahmad Tamrin Haji Jaini.

Nampaknya ‘Modus Operandi’ dua kumpulan ini adalah sama, cuma ketuanyanya berlainan dan pelakonnya juga berlainan dan tidak mustahil akan bergabung merosakan PKR Sabah suatu masa kelak.

Peristiwa tiga hari selepas Pilihanraya Umum yang memperlihatkan pemberian penerimaan ‘SAGU HATI’ dua Beg Wang berjumlah jutaan ringgit yang diberikan oleh abang Ketua Menteri Sabah kepada seorang pemimpin kanan PKR masih segar dalam ingatan.

Tergamaknya orang ini menjadi kuda tunggangan Pemimpin UMNO di Sabah yang menyebabkan beliau turun pangkat beberapa bulan yang lalu daripada barisan kepimpinan PKR.

Semua rakyat Sabah tahu siapa orang itu kerana dia juga memelihara beberapa mantan ketua Cabang PKR Sabah yang menjadi proksi dicabang masing masing untuk mempertahankan legasinya yang semakin malap itu.

Jesteru itu janganlah kita menuding jari kepada pemimpin yang dilihat lebih berwibawa dan akan membawa panji-panji kemenangan kepada PKR Negeri Sabah hanya kerana kita inginkan kepuasan dan nafsu haloba kita hendak menjadi pemimpin. Wal hal kita sendiri ditolak berbelas kali oleh rakyat setiap kali bertanding dalam pilihanraya.

Selaku AJK Cabang PKR Libaran, saya memohon supaya kita menghentikan semua kenyataan yang berbau fitnah, mengaibkan dan yang merugikan parti sendiri di khalayak ramai.

Bagaimana rakyat Sabah boleh yakin dengan kepimpinan seperti ini? Adakah kes Batu Sapi ini akan melahirkan satu lagi perpecahan seperti mana yang berlaku kepada penubuhan parti baru Parti Cinta Sabah oleh kumpulan yang menganut ‘Fahaman Jeffreynisme’?

Adakah Sindrom Ansarinisme akan melakukan perkara yang sama jika calon pilihan mereka tidak terpilih dan akhir rakyat dan pemimpin PKR Sabah yang lain akan jadi mangsa seterusnya menubuhkan ‘Parti Hati Berulam Jantung’ pula?

Nasihat saya kepada diri saya sendiri dan kepada semua pemimpin PKR Negeri ini, janganlah kita berpecah untuk menghadapi Pilihanraya P.185 Batu Sapi bagi menjamin kemenangan Calon Pakatan dalam PRK Batu Sapi.

Memandangkan budaya ini akan menular dari Cabang Batu Sapi. Oleh kerana Cabang ini mengikut maklumatnya adalah Cabang yang bermasalah dan menyaksikan pergaduhan dalam pemilihan kepimpinan tempoh hari serta masih dalam siasatan pusat, maka saya mencadangkan supaya Cabang Batu Sapi ‘DIGANTUNG’ sepenuhnya bagi mengelakkan permasalahan menghadapi Pilihanraya Kecil Batu Sapi dapat di selesaikan.

Kami yakin Pakatan Rakyat mudah memenangi kawasan Parlimen Batu Sapi jika semua pihak berkerjasama tetapi dengan syarat ‘Budaya Jeffrinisme dan Ansarinisme’ dapat dibendung oleh pihak pusat dan tidak berlanjutan sehingga memecah belahkan perpaduan Parti.

Kepada AJK Cabang Batu Sapi, saya selaku AJK Cabang Libaran di bawah Pimpinan Ahmad Tamrin Haji Jaini membantah sekerasnya-kerasnya kenyataan ‘Tambrin Lupa Diri Dan Gila Jadi Calon?’dan mendesak beliau memohon maaf serta menarik balik kenyataan saudara yang dilihat sebagai kenyataan tidak beretika terhadap Ketua Cabang kami merangkap Pengerusi MPN Negeri Sabah.

Jika kita ingin orang lain menyertai kita atau menyokong kita, sepatutnya kita sendiri harus memulainya dahulu atau bersedia menghormati keputusan pihak pimpinan. Cukuplah saya mendengar kata-kata rakyat Sabah yang berbunyi; “sebelum anda meminta sokongan dan kerjasama daripada rakyat, anda seharusnya memperbaiki rumah sendiri”.

Jika budaya seperti ini berterusan di Negeri Sabah, maka harapan kita untuk memerintah kerajaan Negeri Sabah hanya impian semata-mata.

Ayuh semua penyokong PKR Sabah sokong Kepimpinan Ahmad Tamrin membawa Panji Kemenangan pada Pilihanraya kecil P.185 Batu Sapi.

Sekian, Salam Hormat,

AJK PKR CABANG LIBARAN.

1 comment:

  1. kalau PKR bergaduh tarik diri saja.Biarkan PBS menang.Ada juga habuan kami di bahagian PBS Sibuga.Tu pun jika dipilih jadi calon diBatu Sapi.semua ahli PKR tolong doakan.

    ReplyDelete