Thursday, 7 October 2010

ELEKTRIK 4 SEKOLAH TERJEJAS DI KUDAT




Oleh: CENDERAMATA HJ SINTEH

KEJADIAN sebuah lori melanggar talian voltan tinggi (High Tension) 11 kV (kiloVolt) SESB di Kilometer 8, Jalan Sikuati, Kudat telah menyebabkan lebih kurang 1,500 pengguna termasuk empat (4) sekolah di kawasan sekitar mengalami gangguan bekalan elektrik bermula pada jam 1.12 petang (6 Oktober 2010).

Kejadian ini telah mengakibatkan satu (1) tiang SESB condong dan talian HT hampir putus. Antara kawasan-kawasan yang terlibat adalah kawasan IPD, Jalan Atas, Landung Ayang, Jalan Mission dan juga kawasan sekitarnya. Bekalan telah berjaya dipulihkan secara berperingkat-peringkat bermula pada jam 2.15 petang pada hari yang sama.

No comments:

Post a Comment