Monday, 18 October 2010

GENERASI BARU TERKAPAI-KAPAI LEMAS DI DARATAN?



Oleh: MAIL MATHEW

KESUNGGUHAN generasi muda melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti, tidak kira sama ada ia berunsur sukan atau riadah perlu disokong untuk menghindarkan diri mereka terhadap kegiatan negatif dan tidak bermoral seperti budaya lepak atau gejala sosial yang keterlaluan.

Inisiatif pihak penganjur Terozain T 19, yang bekerjasama dengan Joefazly Joroh, 18, yang menganjur ‘SUARA GENERASI BARU 2010’ yang telah diadakan pada Sabtu di Dewan terbuka Sedcovest, Tenom mendapat sambutan di luar dugaan.

Meskipun kekemasan pengacaraan itu terdapat sedikit kepincangan, namun dari segi matlamat dan objektif penganjuran itu berjaya dalam konteks pengisian masa terluang bagi para remaja kerana usaha itu sekurang-kurangnya mampu membendung mereka dari terus terjun terjunam ke lembah budaya negatif.

Keberanian dua remaja sebagai penganjur acara ini bolehlah disifatkan sebagai bertanggung jawab dalam menitik beratkan soal masa hadapan generasi muda, walaupun tidak mendapat sokongan tajaan daripada mana-mana pihak, sama ada swasta mahu pun pemimpin politik, namun segala-galanya berjalan dengan lancar.

Tidak syak lagi sambutan telah memenuhi pencapaian mereka apabila 15 kumpulan pancaragam yang disyaratkan mempersembahkan dua buah lagu rok dan rap tetapi dimestikan senikatanya disampaikan di dalam Bahasa Kebangsaan sebagai menghormati Bulan Bahasa Kebangsaan yang diwar-warkan kerajaan.

Kumpulan pancaragam tersebut datangnya dari Kota Kinabalu (2 kumpulan), Keningau, Beaufort, Ranau dan Tenom sebagai tuan rumah. Manakala perbelanjaan kehadiran mereka ditanggung sendiri oleh kumpulan masing-masing yang rata-ratanya peneraju dan penggiat seni, kebanyakannya dari lepasan SPM dan selainnya akan menduduki STPM tahun ini.

Pihak Penganjur Tero dan Joe ketika ditanya, apakah acara seperti ini akan berterusan di masa-masa akan datang mereka seterusnya berkata,

“Kami tetap akan teruskan, tetapi kami kena minta para pemimpin mahu pun pihak swasta membantu menaja kami kerana program ini adalah untuk membentuk sifat-sifat mulia generasi muda ke arah positif secara eksklusif,” tegas Tero dan Roy Joroh.

Kumpulan The Punisher dari Tenom yang dianggotai tiga bersaudara terdiri dari Eyan (Guitar utama dan ketua), Eiche (Guitar bass) manakala Baba de Boniface (pemain drum) merupakan kumpulan yang paling mencabar dalam acara tersebut.

No comments:

Post a Comment