TUGAS…. Kapitan Ng Tet Hau…terus melaksanakan tanggung jawab sosial kepada masyarakat yang memerlukan bantuan.
Oleh: MAIL MATHEW
MESKIPUN arus perjuangan LDP mengharungi pelbagai badai dan polemik politik, tetapi tidak semestinya melupakan tanggung jawab mereka terhadap kebajikan masyarakat yang memerlukan bantuan dan sumbangan.
LDP Tenom di bawah kepimpinan Ketua Bahagiannya, Kapitan Ng Tet Hau tetap tegas dan teguh dalam pendiriannya seterusnya tidak bermasalah melaksanakan tanggung jawabnya membantu mereka yang memerlukan bantuan.
Beliau berkata, pelbagai aktiviti sosial akan dilaksanakan sekitar November tahun ini. Antaranya aktiviti pendermaan darah untuk membantu mengisi tabung darah hospital Tenom pada 7 November, yang diselaraskan oleh Ketua Pergerakan Pemuda LDP Tenom Steven Chung.
Selain itu, aktiviti Pergerakan Wanita LDP turut digerakkan yang diselaraskan ketuanya, Puan Chu May Wong dan dijangka satu aktiviti akan dijalankan pertengahan November kerana mereka akan meraikan para pesakit Thalassemia dengan bekerjasama erat KFC sambil bermesra dengan mereka.
Sebelum ini, biro kebajikan dan sosial LDP terus memainkan peranan melaksanakan berbagai program turun padang bertemu dengan mereka yang kurang berupaya sambil menghulurkan beberapa bantuan berbentuk makanan dan sedikit sumbangan wang saku.
Ketika ditanya sama ada kekeruhan politik yang sedang melanda kepimpinan pusat LDP ketika ini dianggap sebagai kekangan kepada bahagian ini untuk meneruskan perjuangannya membantu masyarakat, khususnya masyarakat Cina Ng berkata;
“Kita biarkan pergeseran itu diurus dan diselesaikan oleh para pemimpin pusat kerana saya percaya mereka lebih kompeten untuk menyelesaikannya dengan sebaik mungkin. Sebagai satu keluarga dalam BN, kami di kawasan akar umbi tidak akan terganggu dengan kemelut itu, malah akan terus melaksanakan tanggung jawab kami,” tegas Ng.
No comments:
Post a Comment