Wednesday, 13 October 2010

RUMAH SAMPAH DEKAT BSN TIDAK SESUAI?

JANGGAL...Rumah Sampah yang didirikan bersebelahan Bank Simpanan Nasional di pekan Kunak.

Oleh : IBRAHIM TABIR

RUMAH sampah atau pusat pengumpulan sampah-sarap yang dibina berhampiran Bank Simpanan Nasional (BSN) di pekan Kunak tidak sesuai lokasinya, kata seorang pengguna kepada wartawan yang kerap melalui kawasan itu setiap hari.

"Memandangkan kemudahan itu sudah siap, penyewa-penyewa atau peniaga sekitarnya mudah membuang sampah di 'Rumah Sampah' tersebut. Tetapi ia tidak sesuai diletakkan di situ kerana sampah kecil biasanya berterbangan keluar dari garaj; sama ada diselelongkar oleh anjing liar atau pencari bahan kitar semula (recycle) menyebabkan kawasan persekitaran di situ tercemar", katanya.

Setiap hari, Lori kompaktor Majlis Daerah Kunak akan memunggah sisa pepejal yang terkumpul di situ untuk dibawa ke Pusat Pelupusan sampah yang terletak di Pangkalan Madai.

Difahamkan, terdapat dua 'Rumah Sampah' yang sudah didirikan di pekan Kunak. Satu lagi terletak berhampiran jalanraya menuju ke pasar tamu mingguan di sini.

No comments:

Post a Comment