Oleh: MOHD YATIM SUHAILI
MENURUT maklumat sahih daripada beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN), Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mungkin berjaya dalam percubaan keduanya untuk mengambil alih pucuk pimpinan Sabah dan penduduk semporna mengalu-alukan persetujuan Perdana Menteri.
“Kita memang berharap benar agar Datuk Shafie Apdal dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada awal tahun hadapan setelah diadakan pilihanraya kecil DUN Sulabayan,” ujar seorang mantan pemimpin UMNO bergelar datuk yang menjelaskan perkembangan mutakhir ini akan memberikan kelebihan BN untuk menawan semua kerusi parlimen dan DUN pada pilihanraya umum akan datang, apatah lagi Bajau merupakan komponen terbesar pengundi Sabah dan mula membuka mata rakyat Semporna agar kembali ke pangkal jalan menyokong UMNO.
Datuk tersebut menjelaskan, menurut perancangan awal, Adun Sulabayan, Datuk Nasir Tun Sakaran Dandai akan dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah pada 31 Disember 2010 menggantikan Tun Ahmad Shah yang setelah tamat tempoh perkhidmatannya.
“Kita mendapat maklumat bahawa nama Nasir telah dikemukakan untuk persetujuan Perdana Menteri baru-baru ini,” kata Datuk tersebut yang menjelaskan bahawa Najib telah bersetuju untuk melantik Shafie sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah selepas Perhimpunan Agung UMNO tidak lama lagi.
Tegas Datuk itu lagi, tempat Shafie di Kedah akan digantikan oleh Datuk Mukhriz Mahathir; sementara DatukMusa Aman akan terus kekal sebagai Pengerusi BN Sabah sehingga Shafie ditabalkan sebagai Ketua Menteri Sabah selepas memenangi pilihanraya kecil berkenaan.
Bagaimanapun, mengikut maklumat, Kerajaan Negeri Sabah belum menamakan siapa yang akan dilantik sebagai TYT. Namun antara nama yang diwar-warkan untuk dicadangkan termasuklah Tan Sri Hamid Egoh (Ipar Musa Aman), Yahya Hussin, Syed Abbas, Illyas Ibrahim, Juhar Mahiruddin, Baharim Titingan, Ghani Gilong dan Sufian Koroh; namun semua nama ini mungkin terbatal sekiranya Najib menerima pakai Formula Shafie.
No comments:
Post a Comment