Monday, 4 October 2010

SMC HANYA SESUAI UNTUK ANAK ANJING?

Saudara Pengarang,

Di negara maju, nyawa seekor anak anjing lebih berharga berbanding nyawa seorang bayi yang dilahirkan di negara kita akibat sikap tidak professional para doktor yang hanya pakar berlagak sombong dan bukannya pakar perubatan.

Pada 1 Oktober 2010, saya membawa anak saya yang berusia sebulan ke Sabah Medical Centre (SMC) untuk diperiksa kerana mengalami ‘Jaundice’.

Malangnya, semasa saya berjumpa dengan doktor yang bertugas iaitu Dr. Julian Lim Jiun How, beliau tidak tahu apa yang hendak dibuat dan doktor tersebut pula bertanya kepada saya apa yang hendak dibuat.

Saya meminta doktor tersebut membuat ujian darah untuk LFT (liver function test) dan thyroid test. Selepas doktor dan pembantunya mengambil sampel darah anak saya, saya diminta menunggu dan membayar bil berjumah RM224 sebelum keputusan darah tersebut keluar.

Sejam kemudian, saya diberitahu oleh juru rawat di kaunter pendaftaran bahawa keputusan darah sudah ada dan yang menghairankan saya, juru rawat tersebut pula yang menerangkan keputusan darah tersebut dan bukannya doktor Julian Lim yang bertugas ketika itu.

Apabila saya mengajukan beberapa soalan, juru rawat tersebut ternganga dan tidak dapat menjawap. Saya bertanya ke mana doktor yang bertugas dan kenapa bukan doktor yang menerangkan keputusan darah tersebut, barulah juru rawat cuba menghubungi doktor melalui telefon.

Selepas beberapa minit menunggu, Doctor Julian Lim enggan berjumpa dengan saya dan hanya dapat berbual melalui telefon. Dia memberitahu saya bahawa tidak ada apa- apa yang perlu dibimbangkan kerana tiada apa-apa risiko dan dia pun tidak dapat membantu saya ketika itu.

Dia hanya menyuruh saya pulang kerana semua doktor tidak ada disebabkan keesokannya 2 Oktober adalah cuti umum, sedangkan keputusan darah tersebut menunjukkan level bilirubin/jaundice amat tinggi dan menyuruh saya datang kembali pada hari isnin 4 October untuk ujian darah sekali lagi.

Saya amat terkejut dan kecewa dengan apa yang dikatakan oleh doktor tersebut dan saya rasa amat tertipu dengan apa yang telah saya bayar.

Pada keesokan harinya, 2 Oktober, saya masih berasa bimbang akan keputusan dari SMC itu, maka saya terus membawa anak saya ke Hospital Likas untuk mendapatkan nasihat dan pemeriksaan. Mereka amat terkejut dengan keputusan darah dari SMC kerana level jaundice anak saya begitu tinggi dan anak saya ditahan untuk pemeriksaan lanjut.

Persoalannya, bagaimana kah seorang doktor yang mempunyai ijazah, kelulusan dan pengalaman tidak tahu apa yang hendak dibuat dan boleh pula bertanya dengan pesakitnya hendak buat apa?

Bukankah seorang doktor patut tahu berapa banyak sampel darah yang perlu diambil untuk tujuan ujian darah?

Bukankah adalah menjadi tugas dan tanggung jawab doktor untuk memeriksa, merawat dan menjelaskan apa-apa perkara atau keputusan kepada pasakitnya?

Atau mungkinkah tugas dan tanggung jawab doktor SMC hanyalah untuk menipu rakyat Sabah dan merompak wang rakyat Sabah?

Moto SMC, ‘Care For Life’ amatlah tidak sesuai dan tidak kena dengan perangai doktor dan perkhidmatannya kerana memang benarlah kata bekas pesakit, SMC hanya layak merawat anak anjing kerana tidak boleh memfailkan aduan. Saya percaya ramai lagi rakyat Sabah selain saya yang menjadi mangsa seperti ini.

Saya harap Menteri Kesihatan menjalankan siasatan rapi dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap doktor berkenaan yang langsung tidak beretika!

Salam Hormat,

BAPA MALANG

No comments:

Post a Comment