Tuesday, 5 October 2010

SUSU TUMPAH, MEJA PECAH, JURUGAMBAR BELAH!



Oleh: AWANG NONGKOYOH

MUKA SEPULUH SEN...Jurugambar wanita yang disyaki melanggar meja dan menumpahkan susu ke seluar seorang menteri beredar tanpa rasa bersalah.

KEMERIAHAN perasmian Persidangan Pelancongan Sedunia 2010-‘Tourism Success Stories and Rising Star’ anjuran Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Malaysia di Magellan Grand Ballroom Sutera Harbour Resort yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Mohd Yassin bagaikan tersimbang najis dengan insiden yang amat memalukan.

Kejadian tersebut berlaku secara tiba-tiba apabila seorang jurugambar wanita luar (bukan dari Sabah) dengan rakus seperti lembu lepas dari kandang menggambil gambar tanpa menghiraukan tetamu di sekeliling lalu melanggar meja kaca dan pecah lalu menumpahkan susu dan membasahi seluar seorang Menteri Kabinet Sabah.

"Jurugambar ini menyerbu macam lembu yang dah naik berang. Tak peduli siapa di kiri dan kanan. Dia langgar meja yang jatuh bergolek hingga pecah cerminnya. Susu, gula dan semua barang yang ada atas meja jatuh bertaburan. Percikan susu mengotori seluar saya. Saya faham juga kerja jurugambar tetapi yang pasti dia kurang etika. Kerjanya jauh berbeza dengan kelembutan keayuan gadis Sabah,” kata Menteri berkenaan dengan nada kesal.

Malangnya pengawal peribadi kementerian penganjur berkenaan menuduh jurugambar lain tanpa usul periksa.

"Kamu reporter jangan bikin malu,” teriak pengawal peribadi tersebut namun selepas melihat foto-foto diambil seorang jurugambar professional akhbar perdana (foto di atas) barulah dia terkedu malu sambil bercakap perlahan-lahan, “Sorry Press, cuma accident saja.”

Mujur juga bukan Jurugambar Sabah, jika tidak sudah pasti akan disumpah seranah; tetapi agak menghairankan kerana jurugambar tersebut tiba-tiba lenyap daripada majlis seperti orang bunian.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, menteri-menteri kabinet negeri Sabah, Speaker Dun Sabah, Datuk Johar Mahiruddin; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Sukarti Wakiman; Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan persekutuan serta tetamu dan peserta luar negara.

No comments:

Post a Comment