Thursday, 10 November 2011

SIAPA PRESIDEN LDP SEBENAR?



Oleh : SUHAILA RIDWAN

SIKAP professional yang ditunjukkan Presiden LDP, Datuk Liew Vui Keong yang memuji keprihatinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman ketika KOngres LDP yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; tidak dapat menutup jurang pertelingkahan Timbalan Presiden LDP, Senator Datuk Chin Su Phin dan Ketua Pergerakan Wanita LDP, Nancy Lim Eng Guan yang sangat kritikal.

V.K.Liew yang bagaikan senyum dalam tangis berjaya mengocak fikiran Muhyiddin bahawa semua pemimpin LDP ketika itu menunjukkan sikap hipokrasi tertinggi terhadap beliau dan Musa Aman sehingga Pergerakan Pemuda UMNO Sabah yang diketuai Haji Awang Kadin Tang terpaksa melakukan protes ‘Ala-Khairy’ di majlis perasmian berkenaan.

Ingatan ikhlas V.K.Liew yang menyarankan agar jangan kerana ‘Nila setitik, rosak susu sebelanga’ rosak binasa diibaratkan sebagai sindiran tajam terhadap Chin dan Nancy serta kelancangan beberapa orang pemimpin LDP yang ‘suka mencari fasal’ agar kembali kepada konsep asal BN.

Dalam Ucapan Dasar Presiden LDP itu di SM Yu Yuan, Batu 4, Sandakan, tidak tergambar langsung wujudnya pergeseran fahaman dalam konteks BN antara LDP dengan Musa Aman.

Namun tidak siapapun menyangka bahawa sedang berlaku ‘Kudita’ (Coup-de-taat) di dalam LDP atas tajaan pemimpin UMNO, terutama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal yang terlalu kepingin mahu menjadi Ketua Menteri Sabah sehingga telah menyediakan beberapa ‘komando dan gurkha’ yang akan dikerah melakukan rampasan kuasa, termasuk Chin Su Phin, apabila tiba masanya.

Hanya segelintir pemimpin LDP sedang bahawa ‘anak panah sedang dihalakan’ kepada Presiden Parti dan hanya menunggu arahan ‘Panglima Besar LDP’ untuk melepaskan busur bagi menembusi jantung Presiden Boneka LDP.

Walaupun agak sukar, akhirnya V.K.Liew mengakui bahawa ‘Bahtera LDP’ masih dikendali kemudinya oleh ‘Kapitan Chong Kah Kiat’ yang merupakan seteru utama Ketua Menteri Sabah.

Memandangkan V.K.Liew terlalu lemah dan enggan mengikut arahan Kapitan Chong, maka Admiral Chin Su Phin dan Nancy Lim diarahkan melancarkan ‘Saiwar’ (perang psikologi) berterusan terhadap Musa Aman dan BN Sabah.

Kapitan Chong dengan kerjasama ‘Menteri Pelesit’ UMNO telah berjaya menimbulkan kesangsian Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri terhadap kepimpinan Musa Aman dan hanya menunggu masa untuk melakukan ‘kilasan’ termasuk memainkan isu Skandal Penggubahan Wang Haram di Hong Kong dan mengaitkannya dengan Musa Aman.

ALGOJO....Makhluk Perosak ini menjadi liabiliti kepada Musa Aman.

Dalam keadaan Musa Aman dikelilingi ‘Parasit dan Lintah Darat’ seperti Nasir Yeo Guan Hock, Michael Chia Tien Foh, Freedy Lim, Richard Barnes, Edmond Lim, Albert Lim, Amin Khan, Mazlan Zakaria dan sebagainya; tidak ada pemimpin atau proksi yang berani tampil membela Musa Aman daripada serangan Chin dan Nancy; melainkan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said.

Kehadiran ramai ‘Parasit dan Lintah Darat’ yang menjual nama Musa Aman menyebabkan beliau tidak mempunyai kekuatan untuk menahan serangan Chin dan Nancy yang menggunakan media tempatan kerana kedudukan mereka sebagai Timbalan Presiden dan Ketua Pergerakan Wanita.

Akibatnya, di mata masyarakat kebanyakan, terutama masyarakat Cina, Musa Aman adalah liabiliti buat BN Sabah dan wajib digantikan dengan Shafie Apdal; sedangkan hakikatnya Musa Aman telah berjaya menyelamat ekonomi Sabah daripada jatuh Muflis dan dalam hala tuju yang tepat ke arah menjadikan Sabah negeri maju 2015.

Dalam keadaan BN di Semenanjung yang sedang nazak, Najib tidak mempunyai keberanian untuk mengambil risiko menggantikan Musa Aman dengan ‘Golden Eye Boy’ Shafie Apdal kerana kesannya amat besar, terutama kepada pelabur demi mempertahankan ranking AAA Sabah.

Najib terlalu bergantung kepada 25 kerusi di Sabah dan 31 kerusi parlimen di Sarawak untuk menyudahkan cita-citanya terus menjadi Perdana Menteri bagi penggal kedua setelah dilantik menggantikan Pak Lah melalui jalan culas.

Sehubungan itu, Najib sudah pasti tidak yakin lagi dengan Shafie yang cuba membina ‘kem sendiri’ setelah pendedahan demi pendedahan dibuat media termasuk Sabahkini.net dan The Malaysian Insider berhubung pembaziran dana awam yang dilakukan Menteri KKLW tersebut bagi mengumpul dana politik untuk menentang Musa Aman dan membelakangkan nasihat Najib.

Persoalannya, mampukah Shafie mencabar Musa Aman dalam keadaan dirinya mula dibelenggu Skandal Projek Top-UP dan Pendedahan Laporan Audit bagi Agensi di bawah KKLW serta kemerosotan sokongan kerana hanya kroni tertentu yang mendapat projek sehingga menimbulkan benih kebencian ratusan kontraktor lain?

No comments:

Post a Comment