Saudara Pengarang,
SAYA terpanggil untuk menulis tentang beberapa perkara yang luar biasa berlaku di sekitar kawasan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu yang dikenali sebagai Kepayan Ridge.
Kepayan Ridge sekarang ini sudah terkenal dengan beberapa kegiatan yang menyalahi undang-undang, dari penagihan dadah di kalangan remaja sehinggalah kepada perniagaan perjudian haram dan penjualan makanan di kedai-kedai yang tidak berlesen dan menghalang pengguna kaki lima.
Di sini terdapat tiga premis yang mengendalikan perjudian haram yang berselindung di bawah nama cyber cafe dan saya percaya, pihak berkuasa sudah mengetahui kewujudan premis-premis judi ini, namun sehingga kini, belum ada tindakan yang dibuat oleh Polis ataupun DBKK.
Kewujudan premis-premis judi haram ini telah mengundang pelbagai masalah terutama sekali kepada para penduduk di sekitar Kepayan Ridge kerana semakin ramai ketagihan judi. Apakah pihak berkuasa tidak pernah terfikir bahawa suatu masa nanti perkara ini akan membawa masalah sosial yang besar jika tidak dibendung dari sekarang?
Begitu juga dengan kewujudan peniaga-peniaga kedai makan yang menjalankan perniagaan tanpa memenuhi syarat-syarat pembukaan kedai yang menyediakan makanan. Mereka tidak berlesen dan kedai mereka pun tidak sesuai untuk dijadikan sebagai kedai makanan kerana tidak tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan terutama sekali yang melibatkan pihak bomba.
Peniaga-peniaga lain yang ada di sini merasa terancam, takut jika jika kebakaran berlaku, mereka yang menjadi mangsa. Saya difahamkan, salah seorang pemilik kedai ini adalah seorang beragama Islam tetapi membuat perniagaan minuman keras pada setiap malam.
Memburukkan keadaan lagi, peniaga-peniaga ini meletakkan kerusi meja di kawasan kaki lima sehingga menyukarkan para pengguna untuk membeli belah di kedai-kedai yang menjual barangan runcit. Mereka juga memanggang ikan di kakilima dan menyebabkan asap menganggu pemilik kedai-kedai yang menjalankan perniagaan secara sah.
Saya berharap, pihak berkuasa, terutamanya DBKK dapat bertindak untuk menutup semua kedai haram ini. Janganlah hanya mahu bertindak bila terjadi sesuatu bencana. Yang paling menakutkan, terjadinya pergaduhan bila pelanggan-pelanggan yang sudah mabuk dan membuat kacau bilau. Saya percaya, pihak DBKK dan Polis sentiasa memantau Sabahkini.net dan berharap, mereka boleh mengambil tindakan yang tegas.
Salam Hormat,
PENGHUNI RISAU
Pihak berkuasa dan pihak polis perlulah membuat serbuan dalam pusat perjudian haram yang berselindung dibawah nama Cybercafe ini.
ReplyDeletePerniagaan dan kedai yang tidak memenuhi syarat dan tidak berlesen tidak sepatutnya dibenarkan beroperasi, DBKK perlulah mengambil tindakan untuk menyiasat mereka.
ReplyDeleteSiasat dan mengalakkan mereka ini menjalankan perniagaan melalui saluran dan tapak yang betul.
Deletepihak berkuasa kena ambil tindakan terhadap mereka yang berniaga tanpa lesen.
ReplyDeleteMay be give a first warning see any improvement.
Deletesaya tidak kisah jika yang berniaga itu orang tempatan.. lagi ramai orang tempatan berniaga dikawasan itu lagi bagus.. bukannya mereka melakukan jenayah atau pencemaran.. bagilah sokongan kepada orang tempatan yang berusaha meningkatkan taraf hidup mereka..
ReplyDeleteSokong dengan rebirth, rakyat pati pun banyak berniaga tanpa lesen..tidak pernah kena kacau, sokong dengan penduduk tempatan yang berniaga ini, cuma mereka perlulah menikut undang2 dengan memohon sijil dari DBKK.
DeleteYa, betul tu. kalau yang PATI tu. bikin semak saja.
Deletesekiranya peniaga tempatan ini tidak mempunyai lesen, pihak DBKK perlu berbincang dengan mereka sehingga mereka bersetuju untuk memohon lesen.. saya juga kerap berkunjung ke kepayan Ridge, namun saya tidak merasa terganggu oleh peniaga2 ini.. tapi sekiranya mereka ini PATI, saya memohon kepada DBKK supaya mengambil tindakan tegas terhadap mereka..
ReplyDeleteBeri mereka tempoh untuk buat lesan dan kemukakan lesan untuk teruskan berniaga di kawasan tu.
DeleteJangan bagi peluang sangat dengan PATI ini. Lama-lama mereka pijak kepala kita. Sekarang pun makin tembirang.
Deletebahaya ini, pihak berkuasa perlu segera menangani masalah ini.
ReplyDeleteAdvice them to get proper license and location for the business.
ReplyDeleteThat is the better idea so that the problem can resolve peacefully.
DeleteAdakah tempat tersebut memenuhi syarakt kebersihan yang ditetapkan? Kebersihan amat penting terutama kedai pemakanan.
ReplyDeleteAdvice first.. If still no changes, take further action.
ReplyDeleteDi sini terdapat tiga premis yang mengendalikan perjudian haram yang berselindung di bawah nama cyber cafe dan saya percaya, pihak berkuasa sudah mengetahui kewujudan premis-premis judi ini, namun sehingga kini, belum ada tindakan yang dibuat oleh Polis ataupun DBKK.
ReplyDeletePihak berkuasa yang harus bertindak terhadap aktiviti sebegini.
Perjudian haram harus diambil tindakan yang wajar.
ReplyDeleteMereka harus dinasihati untuk berpindah, kawasan tersebut tidak memenuhi syarat untuk menjalankan perniagaan khas permakanan.
ReplyDeletePihak berkuasa harus menyediakan lebih banyak tapak perniagaan agar lebih banyak golongan yang berminat dapat menjalankan perniagaa.
ReplyDeletePihak berkuasa perlu menyiasat perkara ini. Bagi mereka yang tidak mematuhi undang-undang seharusnya dikenakan tindakkan.
ReplyDelete