Friday, 23 March 2012

27 PATI DITAHAN DI BEAUFORT




POLIS Daerah Beaufort menahan 27 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang wanita dan empat kanak-kanak dalam operasi di dua lokasi berasingan awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, DSP Mustaffa Maarof Mustaffa berkata dalam operasi selama tiga jam bermula 11.30 malam itu, kesemua rakyat asing berkenaan berusia dalam lingkungan sebulan hingga 50 tahun didapati tidak memiliki dokumen perjalanan sah, melanggar syarat permit selain menyimpan senjata berbahaya.

"Seramai tujuh warga Indonesia ditahan termasuk wanita dan empat kanak-kanak berkenaan dalam serbuan pertama di Kawasan Perumahan Penjaga Tokong Cina Kampung Lumat manakala 20 warga Filipina ditemui di rumah kongsi tapak perumahan Taman Selagon 2," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Operasi yang dikenali Ops Nyah Sabah itu disertai 30 anggota termasuk empat pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort.

Mustaffa Maarof berkata polis merampas empat bilah parang dan sejenis alat berbahaya yang diperbuat daripada batang bayu dan paku payung di lokasi pertama. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment