TAKLIMAT......Nasir (duduk tiga kanan) mendengar taklimat ringkas Operasi Pendaftaran Bergerak JPN disampaikan Haji Norzain Tawi (berdiri kiri) sempena majlis itu di Semporna.
MENTERI Di Jabatan Ketua Menteri, Dato' Sri Nasir Tun Sakaran, meminta golongan ibu bapa dan penduduk negeri ini memberikan kerjasama kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendaftar kelahiran lewat anak mereka sempena gerakan dan Operasi Pendaftaran Bergerak JPN yang kini sedang bermula di daerah itu.
Katanya, operasi yang berjalan selama seminggu itu bertujuan menyelesaikan urusan pendaftaran permohonan bagi pendaftaran lewat kelahiran yang belum diproses dan yang berkaitan dengan sijil kelahiran dan dokumen pengenalan.
Nasir berkata, dengan adanya operasi seumpama itu akan memudahkan penduduk terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan pulau-pulau dan kampung yang mengalami masalah pengangkutan akan dapat diselesaikan.
Katanya, apa yang penting ia bagi membolehkan kanak-kanak yang terlibat mendapat hak dari segi kemudahan seperti pendidikan di sekolah.
Menurut beliau, di Daerah Semporna sahaja yang mempunyai lebih 157 kampung dan sebahagiannya terletak di kawasan pulau seperti Pulau Omadal, Pulau Mabul, Pulau Manampilek, Pulau Dinawan, Pulau Larapan dan beberapa pulau yang hanya boleh dihubungi dengan jalan laut.
Nasir berkata demikian ketika ditemui pada majlis taklimat dan Operasi Pendaftran Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Sabah di Inabah Kamal, dekat sini.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negera (JPN) Sabah, Ismail Ahmad; Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Menteri Dalam Negeri, Amirzan Mohd. Ali; Ketua Pegawai Operasi Pendaftran Bergerak JPN, Haji Norzain Tawi; Penolong Pegawai Daerah Semporna, Nursih Nursiri, Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat DUN Senallang, Haji Tahir Amir dan Ketua daerah Semporna, OKK Haji Musa Sabaani.
Nasir turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussin yang begitu prihatin membela nasib rakyat dengan tidak jemu-jemu memikirkan nasib rakyat marhaen khususnya kanak-kanak yang tidak dapat bersekolah dan menyambung pelajaran akibat ketiadaan dokumen pengenalan diri.
Sehubungan itu, Nasir meminta orang ramai tidak berebut-rebut sebaliknya memberikan kerjasama kepada semua petugas operasi serta terus berhubung dengan pegawai-pegawai operasi JPN yang bertugas serta tidak melalui individu yang tiada kaitan dengan JPN Sabah.
Pada 7 Oktober tahun lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyelesaikan urusan 2,203 daripada 93,360 permohonan bagi pendaftaran lewat kelahiran yang masih belum diproses.
Katanya, ia bagi membolehkan kanak-kanak yang terlibat mendapat hak dari segi kemudahan seperti pendidikan di sekolah.
“Adalah sesuatu yang tidak adil apabila kanak-kanak ini tercicir daripada arus pendidikan semata-mata disebabkan prosedur yang pelbagai serta kecuaian ibu bapa mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Beliau berkata pada masa yang sama JPN juga diarah menambah kekerapan turun padang bagi membantu setiap golongan rakyat menyelesaikan masalah pendaftaran lewat kelahiran.
Menurutnya JPN ketika ini sudah mengambil pelbagai tindakan dan pendekatan bagi menangani perkara itu seperti menyediakan khidmat pendaftaran kelahiran di hospital, membenarkan pendaftaran kelahiran di mana-mana negeri di Semenanjung serta pengesahan pendaftaran kelahiran oleh ketua kampung.
“Pihak JPN juga sering turun padang ke sekolah-sekolah dan perkampungan Orang Asli untuk membantu dan memudahkan mereka mendaftar kelahiran melalui program ‘My Daftar’,” katanya.
Hishammuddin berkata 464 permohonan daftar lewat kelahiran diterima di Semenanjung melalui 70 program ‘My Daftar’ termasuk melalui unit bergerak di Sabah dan Sarawak.
Orang ramai yang mempunyai sebarang kemusykilan berhubung pendaftaran leditalian 03-88807000 atau melayari laman web www.moha.gov.my.
Parents are responsible to register their children's birth with the JPN, this is to ensure that the children are fully recognized by the country as citizen.
ReplyDeleteThis is what a parents has need to responsible for that.
Deleteibu bapa haruslah memberikan kerjasama terhadap perlaksanaan program ini.
DeleteLate registration or failed registration usually leads to many complications when the child has reach the age for schooling and later affect them in getting their MyKad.
ReplyDeleteperkara seperti ini memang tidak hairan kalau pada masa2 yang lalu tapi zaman sekarang sepatutnya semua pun mempunyai kesedaran betapa pentingnya untuk mendaftarkan kelahiran anak mereka.
Deletemasuk ke kampung2 di pedalaman. pasti ramai yang memerlukan khidmat JPN Bergerak.
ReplyDeleteya..dikawasan pedalaman khidmat JPN bergerak ini memang diperlukan.
DeleteMenurutnya JPN ketika ini sudah mengambil pelbagai tindakan dan pendekatan bagi menangani perkara itu seperti menyediakan khidmat pendaftaran kelahiran di hospital, membenarkan pendaftaran kelahiran di mana-mana negeri di Semenanjung serta pengesahan pendaftaran kelahiran oleh ketua kampung.
ReplyDeleteJPN menyediakan pendaftaran yang mudah tetapi rakyat sendiri yang gagal melaksanakan tanggungjawabnya.
Registered the kids so that they can enjoy the same priviledges like others.
ReplyDeleteKecuaian ibu bapa yang akan menyebabkan masalah besar kepada generasi muda yang tidak mempunyai identiti sendiri.
ReplyDeleteibu bapa haruslah memastikan kelahiran anak mereka didaftarkan.
DeletePendaftaran Bergerak JPN yang kini sedang bermula di daerah itu.
ReplyDeleteSatu tindakan yang bijak, semoga golongan yang gagal mendaftarkan anaknya supaya bertindak bijak juga.
jika hendak pendaftaran kelahiran anak2 mereka berjalan lancar, berilah kerjasama kepada JPN bergerak.
ReplyDeleteJPN cuba memudahkan urusan bagi mendaftar kelahiran lewat anak mereka.
ReplyDeleteya..ini dilihat sebagai usaha JPN untuk menangani masalah daftar lewat kelahiran.
DeleteParents should not take for granted for their children registration. This will bring difficulties for them in the future if they didn't get registered.
ReplyDeleteHopefully all matters pertaining to the documentation registration must be handle to avoid further complication.
ReplyDeleteThis facility should be made to full use by the local populous.
ReplyDeleteOPS JPN Bergerak memang wajar di laksanakan di negeri ini memandangkan masih ramai penduduk kampung yang menghadapi kesulitan untuk berurusan di mana2 pekan atau bandar terdekat..
ReplyDeleteharap semuanya akan berjalan lancar dan memberikan hasil yang baik.
ReplyDelete