Friday, 9 March 2012

BUKIT MERAH BOLEH DIJADIKAN TAMAN

Oleh : AIDILA RAZAK

TAPAK di mana sisa kilang penapisan Asia Rare Earth di Bukit Merah, Perak disimpan ketika ini adalah selamat untuk dijadikan sebuah taman rekreasi.

Menurut Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan, ini boleh dilakukan selepas kawasan tapak pelupusan sisa di Bukit Kledang itu dikedap sepenuhnya yang dijadualkan tahun depan.

"(Pihak berkuasa) boleh menjadikan tapak itu sebuah taman, hutan simpan atau tempat rekreasi. Tidak ada masalah. Tiada sebarang larangan," katanya kepada pemberita pada taklimat AELB.

Menurut Raja Abdul Aziz, tapak pelupusan 16 hektar itu terdiri daripada dua sel. Sel pertama digunakan untuk menanam komponen asal dan struktur ARE itu adalah dua meter di bawah tanah dan dikedap dengan konkrit.

Sel kedua pula akan digunakan untuk menyimpan sisa sebenar yang diproses dari ARE yang sebelum ini disimpan di dalam tangki minyak kalis kimia di tapak yang sama. Sisa akan stabil dalam matriks konkrit untuk menjadikan strukturnya seperti batu.

No comments:

Post a Comment