Wednesday, 21 March 2012

CERITA HANTU BERTENTANGAN DENGAN ISLAM



SASTERAWAN Negara Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah berkata filem, drama dan cerita yang berunsulkan hantu puaka dan jembalang pelesit patut dihentikan kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam dan meracuni pemikiran anak-anak bangsa.

Di petik Bernama Online, beliau berkata tayangan cerita sebegini hanya akan melemahkan akal budi bangsa, jati diri, ketahanan sahsiah serta ketahanan mental seseorang khususnya generasi muda dan cerita-cerita genre sedemikian tidak relevan lagi dalam konteks zaman moden kini.

Ketika ditemu ramah dalam program ‘Dalam Radar’ terbitan Bernama Radio24 semalam beliau berkata, “Mengapakah drama-drama atau cerita kita harus terus dimasukkan dengan elemen hantu-hantu puaka? Tak usahlah meracuni pemikiran anak-anak bangsa kita dengan cerita-cerita sebegini.

“Ke manakah hala tuju bangsa kita jika keadaan ini berlarutan? Semua ini akan disoal di akhirat nanti,” tambah beliau.

No comments:

Post a Comment