Monday, 5 March 2012

DAP PELIK DEMOGRAFI PENGUNDI LUAR BANDAR

Oleh : NIGEL AW

AHLI PARLIMEN Serdang, Teo Nie Ching menimbulkan kecurigaannya berhubung kenaikan mendadak pengundi baru di luar bandar berbanding dengan tahun 2008.

Contoh, kata beliau, adalah di bahagian pilihan raya Parlimen Hulu Selangor yang mengalami kenaikan mendadak 23.2 peratus iaitu daripada 63,593 pengundi kepada 78,370 pengundi.

"Di tempat yang mempunyai bandar-bandar baru, ini boleh diterima. Tetapi di Hulu Selangor tidak ada ramai orang yang berpindah ke sini, jadi kita dapati peningkatan dalam jumlah yang besar ini sangat mencurigakan," katanya ketika dihubungi.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor dimenangi oleh PKR pada tahun 2008 dengan hanya majoriti 198 undi tetapi ia berjaya ditawan semula oleh calon BN P Kamalanathan yang mendapat 24,997 undi berbanding saingannya Datuk Zaid Ibrahim yang meraih 23,272 undi.

Teo juga mendakwa peningkatan ketara juga dikesan di kerusi-kerusi marginal atau yang dimenang dengan tipis oleh Pakatan Rakyat.

Contohnya, kata beliau kerusi Hulu Langat yang telah dimenangi oleh PAS dengan majoriti 1,745 undi dan Selayang yang dimenangi oleh PKR dengan majoriti 3,567 undi, masing-masing melihat lonjakan sebanyak 21.7 peratus dan 22 peratus pengundi baru.

"Peningkatan ini adalah dari pengundi baru, bukan dari pengundi yang berpindah alamat. Jumlah mereka adalah jauh lebih ramai daripada pengundi baru yang telah kami daftarkan," katanya.

Dalam bahagian pilihan raya yang diwakili Teo di Parlimen Serdang, terdapat juga peningkatan 21.2 peratus pengundi baru menjadikan jumlah pengundi dari 94,877 kepada 117,979.

Perangkaan yang dipetik itu adalah daripada data terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga akhir tahun lalu. Ia juga menunjukkan jumlah pengundi di Selangor meningkat sebanyak 17.5 peratus daripada 1.57 juta kepada 1.84 juta orang.

Menurut Teo, data baru yang dikeluarkan SPR itu juga mempunyai ramai pengundi senarai baru tidak mempunyai alamat yang lengkap. (MKINI)

7 comments:

  1. Transparency is highly demanded for this coming election. Maybe there are relevant reasons on the increase number of voters in rural areas.

    ReplyDelete
  2. latar belakang pengundi baru ini perlu disemak semula jika berlaku kecurigaan. pastikan tiada yang bergelar pengundi hantu atau pengundi klon.

    ReplyDelete
  3. mgkin ramai sebelum ini belum mendaftar telah mendaftar.

    ReplyDelete
  4. Pihak JPN dan SPR perlu bekerjasama untuk memastikan PRU dapat dijalankan dengan adil dan bersih.

    ReplyDelete
  5. Ini mungkin juga disebabkan oleh pengudi yang tidak mendaftar masa itu ditambah lagi dengan remaja yang belum sampai umur pada 2008 dan 5 tahun berlalu pasti

    ReplyDelete
  6. anggap la fenomena pertambahan jumlah penggundi ini adalah sesuatu yang baik.. bukankah pakatan juga ada menggalakkan para belia atas pagar dan yang belum mendaftar supaya berbuat demikian??

    ReplyDelete
  7. pertambahan 20% itu bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam jangka masa 4 tahun.. jika Teo yakin dengan tanggapan negatif beliau, tampillah dengan bukti2 kukuh..

    ReplyDelete