Oleh : JESMIND RANGILIN
KESELURUHAN perairan Sabah dianggarkan berkeluasan sekitar 1,302,345 Kilometer persegi berdasarkan kajian Pusat Pengajian Tinggi UMS. Perairan Sabah adalah kaya sumber laut dan mempunyai keragaman spesis yang tinggi merupakan penyumbang dalam sektor perikanan di sabah.
Sumbangan terhadap keluaran perikanan antara 7.26 hingga 22.63 peratus dan produktiviti terumbu karang dianggarkan antara RM2.3 juta/km hingga RM6.52 juta/km persegi.
Letupan bahan terlarang bom ikan ini boleh menyebabkan kesan kerosakan meliputi kawasan perairan laut diantara 10-20 meter persegi. Satu kajian telah dilakukan oleh UMS jika sekiranya 10 peratus ekosistem terumbu dimusnahkan akibat letupan bom.
Kerugian sektor perikanan dianggarkan antara RM0.365 juta hingga RM0.849 juta. Letupan ini turut memusnahkan pelbagai spesis ikan komersial termasuk anak-anak ikan dan terumbu karang.
Aktiviti yang tidak lestari dan merugikan ini telah wujud sejak tahun 1980-an lagi, kajian kes tangkapan perikanan, polis marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia lokasi seperti tersebut (lihat tanda merah dalam peta di atas) adalah tempat-tempat berlakunya kegiatan ini sejak kebelakangan ini.
Kegiatan pengeboman ikan ini mengakibatkan kerosakan besar kepada terumbu karang yang menjadi tarikan para pelancong dalam dan luar negara yang meminati aktiviti scuba, membazir sumber ikan, membinasakan alam pesekitaran perairan laut, merugikan dalam kalangan para pengguna kerana sumber semulajadi ini sukar dipulihkan dan mengambil waktu yang lama untuk tumbuh semula dan keselamatan pelaku juga boleh mengancam nyawa mereka sendiri.
Pihak Terlibat dalam aktiviti penggunakan bahan terlarang BOM IKAN ini adalah orang-orang seperti PTI (pendatang tanpa izin) dari negara jiran, dalang-dalang (para peniaga kaya) yang terdiri daripada orang-orang tempatan yang ingin mendapatkan keuntungan secara mudah dan juga nelayan-nelayan yang tidak ada kesedaran berkaitan pengurusan sumber perikanan yang mapan.
Kerajaan telah menggunapakai beberapa Akta yang digubal oleh Parlimen Malaysia untuk menguatkuasakan Akta Perikanan 1985, Seksyen 26 (1) (a),(b) dan (c); yang telah digerakkan melalui kaedah operasi laut dan darat untuk memeriksa, rondaan di kawasan-kawasan strategik, sekatan jalan raya, pengawalan eksport dan import dan kempen-kempen kesedaran awam di seluruh kawasan yang terlibat.
Kesedaran orang ramai supaya perlakuan terlarang ini dapat disembarkan kepada masyarakat pengguna agar mengelakkan dari melakukannya dan mendispilin diri supaya tidak membeli ikan-ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan, kerajaan melalui agensi-agensinya setiasa berusaha supaya sumber perikanan negara sentiasa diurus dengan mapan harapan kita supaya anak-anak kita dapat menikmatnya dan dapat kita tinggal kepada cucu generasi kita yang seterusnya.
Perbuatan bom ikan ini wajar diberhentikan kerana akan menjejaskan kehidupan laut. Sesiapa yang didapati menggunakan bom ikan ini perlulah ditahan dan dikenakan hukuman berat.
ReplyDeleteOrang ramai perlulah menolak ikan yang ditangkap menggunakan bom ikan supaya mereka akan memberhentikan perbuatan haram dan bahaya ini.
ReplyDeletepengeboman hilang harus dhentikan, ia merosakkan sumber marin dan ikan yang kena bom berbahaya kepada sesiapa yang memakannya.
ReplyDeletecara yang tidak betul untuk menangkap ikan yang banyak. Guna la cara yang lebih sesuai dan selamat.
ReplyDeletekerajaan perlu mewartakan lebih banyak kawasan perairan bagi tujuan melindungi hidupan marin di negeri ini.. mana2 individu atau kumpulan yang dilihat berada di kawasan perairan yang telah diwartakan itu wajar dikenakan tindakan tegas..
ReplyDeleteBlast fishing or dynamite fishing is the practice of using explosives to stun or kill schools of fish for easy collection.
ReplyDeleteThis often illegal practice can be extremely destructive to the surrounding ecosystem, as the explosion often destroys the underlying habitat (such as coral reefs) that supports the fish.
DeleteThe frequently improvised nature of the explosives used also means danger for the fishermen as well, with accidents and injuries.
DeleteExtensive hard-to-patrol coastlines, the lure of lucrative, easy catches, and in some cases outright apathy or corruption on the part of local officials make enforcement of blast fishing bans an ongoing challenge for authorities.
DeleteCommercial dynamite or, more commonly, homemade bombs constructed using a glass bottle with layers of powdered potassium nitrate and pebbles or an ammonium nitrate and kerosene mixture are often employed.
DeleteSuch devices, though, may explode prematurely without warning, and have been known to injure or kill the person using them, or innocent bystanders.
DeleteUnderwater shock waves produced by the explosion stun the fish and cause their swim bladders to rupture.
DeleteThis rupturing causes an abrupt loss of buoyancy; a small number of fish float to the surface, but most sink to the sea floor.
ReplyDeleteThe explosions indiscriminately kill large numbers of fish and other marine organisms in the vicinity and can damage or destroy the physical environment, including extensive damage to coral reefs.
ReplyDeleteResearchers believe that destructive fishing practices like blast fishing to be one of the biggest threat to the coral reef ecosystems.
ReplyDeleteBlown up coral reefs are no more than rubble fields. The long-term impact associated with blast fishing is that there is no natural recovery of the reefs.
ReplyDeleteCoral reefs are less likely to recover from constant disturbance such as blast fishing than from small disturbance that does not change the physical environment.
DeleteBlast fishing destroys the calcium carbonate coral skeletons and is one of the continual disruptions of coral reefs.
DeleteIn the Indo-Pacific, the practice of blast fishing is a main cause of coral reef degradation.
DeleteAs a result, weakened rubble fields are formed and fish habitat is reduced.
Delete