Thursday, 22 March 2012

INSTITUSIKAN MAHKAMAH ANAK NEGERI



PERGERAKAN Pemuda UPKO Pusat berharap peruntukan RM60 juta yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan untuk membina Institusi Mahkamah Anak Negeri dapat dilaksanakan dengan segera.

Exco pergerakan itu, Felix Joseph Saag berkata, pelaksanaan itu pastinya akan dapat memperkasakan lagi Institusi Mahkamah Anak Negeri Sabah setaraf dengan Mahkamah Sivil dan Mahkahmah Syariah dalam bidang kuasa masing-masing.

“Pemuda UPKO berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah meluluskan peruntukan tersebut, dan diharap bangunan baru ini akan membolehkan Mahkamah Anak Negeri dimartabatkan setaraf dengan Mahkamah yang lain.

“Kami juga berterima kasih kepada Tan Sri Benard Dompok selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kabinet bagi Bumiputera Sabah dan Sarawak kerana menyuarakan dan memastikan agar peruntukan itu dapat diluluskan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, kelmarin.

Felix berkata, ia membuktikan bahawa Upko benar-benar komited membawa imej dan meletakkan Mahkamah Anak Negeri Sabah ke satu tahap yang lebih tinggi.

Katanya lagi, dalam konvesyen UPKO yang lalu telah pun membincangkan dan bersetuju agar Intitusi Mahkamah anak Negeri dapat ditubuhkan supaya ianya dapat memperkasa dan meningkatkan lagi martabat Mahkamah Anak Negeri Sabah.

“Pemuda UPKO berpendapat sudah tiba masanya Mahkamah Anak Negeri ini dinaik taraf sama seperti Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.

“Kita juga berharap agar bangunan baru bagi Mahkamah Anak Negeri ini dapat dibina disetiap daerah kelak. Kita difahamkan peruntukan telah pun diluluskan sebelum ini untuk mewujudkan Mahkamah Anak Negeri di daerah Penampang, Keningau, Sandakan, Ranau, Kudat dan Lahad Datu manakala Institusi Hal Ehwal Anak Negeri Sabah juga akan dibina,” katanya.

Felix berkata, perkembangan ini amat dialu-alukan oleh Pergerakan Pemuda UPKO Pusat.

22 comments:

  1. Mahkamah Anak Negeri juga berperanan penting seperti mahkamah2 yang lain dengan melaksanakan tugas2 dan tanggungjawab berkaitan dengan adat istiadat anak negeri seperti tuntutan waris, pengaduan/kes saman, pengesahan anak negeri, anak angkat/mengangkat anak, surat kahwin dan surat cerai. Sememangnya, mewujudkan MAN di setiap daerah adalah sesuatu yang amat baik dan perlu dilaksanakan.

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada TS Bernard kerana secara konsisten menyuarakan dan memastikan agar peruntukan pembinaan Mahkamah Anak Negeri diluluskan. Ini sekaligus mengangkat nama Upko dalam membawa imej dan meletakkan Mahkamah Anak Negeri Sabah ke satu tahap yang lebih tinggi.

    Dengan peruntukan yang telah diluluskan sebelum ini untuk mewujudkan Mahkamah Anak Negeri di daerah2 lain, diharapkan bakal Mahkamah Anak Negeri ini mampu membawa perubahan positif dalam bidang kuasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika mahkamah anak negeri diinstitusikan, ianya akan menaikkan lagi martabat mahkamah tersebut..

      Delete
    2. Baguslah. diharap dengan peruntukan tu dapat membina insitusi mahkamah yang terbaik untuk Anak Negeri Sabah.

      Delete
  3. The obtainment of this grant was initiated by the Local Government and Housing of Sabah to strive for a provision in the 10th Malaysia Plan (RMK-10) to upgrade the Native Courts (MAN) throughout the state back in 2010.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Back then the minister Datuk Hajiji Mohd Noor, said the government was aware of the problem faced by MAN, especially in rural areas and deprived.

      Delete
    2. The matter was suggested that the provision be applied through the Plan-10 for that particular purpose.

      Delete
    3. Hajiji added at the time that laboratory in the National Key Result Areas (NKRA) was established in line with efforts to improve and discuss various issues throughout the state to uphold MAN.

      Delete
    4. These Special Laboratory was created to identify some of the gap structure, systems and basic needs to be solved to improve the MAN.

      Delete
    5. MAN special laboratory also proposed several improvement initiatives that involve short-term priority initiatives, medium and long term for consideration and appropriate action.

      Delete
    6. The ministry had organized a Native Court Judicial Conference and the resolution of the conference is to review and amend the Native Law, establishing the Department of Justice Native, Native Court building institutions and upgrading buildings in Sabah MAN.

      Delete
    7. Apart from that, the outcome of conference had proposed building in Penampang MAN and nine other areas as well as training institutions through the MP-10 MAN.

      Delete
    8. The Office of Native Affairs Sabah (PHEANS) will also implement ongoing courses and workshops in order to realize the MAN to continue to be strengthened.

      Delete
    9. The program was implemented to provide exposure and understanding to judge MAN steady while workshops and courses was held with the State Attorney General's Office.

      Delete
  4. memang wajar mahkamah anak negeri diberikan pengiktirafan serta diangkat ketahap yang lebih tinggi memandangkan institusi ini banyak membantu dalam menyelesaikan kes2 unik seperti pelanggaran adat, penceraian, tuntutan waris tanah, menjatuhkan maruah atau memfitnah, mengganggu kubur, gagal membayar hantaran kahwin dan 'lapau' (berpoligami tanpa kebenaran isteri pertama) dan sebagainya..

    ReplyDelete
  5. syabas kepada pemimpin2 kerajaan negeri kerana terus mempertahankan kewujudan mahkamah ini dan mencari jalan untuk penambahbaikan bagi memartabatkan undang2 adat penduduk negeri ini. kewujudan Mahkamah Anak Negeri sebenarnya melambangkan keunikan Sabah yang masih mengiktiraf dan memelihara undang2 anak negeri..

    ReplyDelete
  6. kita beruntung kerana banyak komuniti asal di negara lain tidak lagi dibenarkan mengamalkan undang2 adat resam tetapi kita masih mengekalkannya, malah mendapat sokongan dari kerajaan negeri dan juga persekutuan..

    ReplyDelete
  7. diharapkan proses tersebut akan dilaksanakan dengan segera...pengiktirafan ini sememangnya amat membanggakan..

    ReplyDelete
  8. Diharap mahkamah anak negeri sentiasa membela nasib2 orang asal di Sabah

    ReplyDelete
  9. Mahkamah Anak Negeri harus diinstitusikan, ia byk peranan dalam menyelesaikan masalah anak negeri.

    ReplyDelete
  10. Baguslah kalau Mahkamah anak negeri menerima bantuan daripada kerajaan persekutuan.

    ReplyDelete
  11. Semoga mahkamah anak negeri akan setaraf dengan mahkamah sivil dan syariah. Teruskan mengadil masalah yang dihadapi oleh anak negeri.

    ReplyDelete