Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI
"DI SAMPING memberikan rakyat manfaat daripada projek fizikal, cari satu projek yang membolehkan rakyat menghargainya secara individu." Demikian amanat Perdana Menteri dalam pertemuan bersama Ahli Parlimen KotaBelud.
Bertindak melaksanakan amanat ini, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Belud dengan kerjasama Lions Group mengambil pendekatan memberikan cermin mata kepada penduduk Kota Belud yang memerlukannya.
Berucap pada majlis penyerahan cermin mata di Kota Belud yang diadakan di Dewan Tun Said dekat sini, Ahli Parlimennya Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan yakin melalui pemberian cermin mata ini satu pendekatan yang baik agar rakyat terus mengingati jasa kerajaan kepada rakyat.
Beliau turut menyifatkan program Bantuan Cermin Mata Rakyat ini sebagai satu insentif terbaik yang dapat menyentuh hati rakyat secara langsung dan berharap rakyat terus yakin kepada kepimpinan kerajaan sekarang.
Sebanyak 630 cermin mata diagehkan dalam fasa pertama ini. Dijangka jumlah sama turut diagehkan dalam fasa kedua kelak.
Bagi penerima, pemberian cermin mata ini dianggap sebagai bukti kerajaan terus berusaha untuk mendekati hati rakyat.
Hadir sama pada majlis itu antaranya Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Gari Itam, Timbalan Ketua Bahagian Umno Kota Belud, Awadnir Matanggal serta para pemimpin setempat yang lain.
Sponsoring spectacles to the poor is a good program to help those who could not afford to purchase glasses.
ReplyDeleteHope that the government will use various approach to help the people and get closer to them.
ReplyDeletejelas penglihatan bila mengundi nanti:)
ReplyDeletepelbagai cara kerajaan mendekati rakyat sekarang ni.
ReplyDeletePendekati tu cuma mahu memberi yang terbaik untuk rakyat Sabah
DeleteContinue to help the people in need.
ReplyDeleteteruskan memberikan bantuan kepada penduduk. Bukan saja barangan malahan pembangunan juga perlu diberikan.
ReplyDeletesekurang2nya ada juga bantuan.. tidak juga sekadar turun berkempan dengan mambawa tangan kosong..
ReplyDelete