Tuesday 27 March 2012

KADIR KEMBALI BERPOLITIK MELALUI NGO



MEDIA....Abdul Kadir mengadakan sidang media di Mines Waterfront Business Park, 26 Mac 2012.

Oleh : MOHD FARHAN DARWIS (TMI)

TAN SRI Abdul Kadir Sheikh Fadzir menyatakan beliau akan kembali aktif semula dalam politik namun tidak menyatakan sama ada akan menyertai Pakatan Rakyat (PR).

Abdul Kadir sebaliknya berkata untuk jangka masa terdekat ini, beliau hanya akan menggunakan saluran badan bukan kerajaan (NGO) setelah mengumumkan keluar Umno awal minggu lalu.

“Saya isytiharkan hari ini saya berhenti dari bersara dan kembali aktif untuk membawa kembali perjuangan asal Umno yang dibawa pemimpin terdahulu.

“Keputusan yang berat dan bukanlah sesuatu yang mudah kerana setakat hari ini saya telah 56 tahun menjadi ahli Umno.

“Penghidupan saya abdikan kepada Umno, negara, dan perjuangannya,” katanya ketika sidang media di sini.

Menurut Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) itu, beliau melihat berlakunya korupsi dan pembaziran serta kronisme mega berlaku dalam Umno yang berbeza daripada perjuangan tokoh pengasas terdahulu Umno.

“Saya tidak ada masalah dengan Najib dan Muhyiddin, tapi keadaan sekarang menyimpang begitu jauh daripada niat murni pengasas negara dan Umno terdahulu. Selepas 56 tahun, rakyat makin renggang oleh sebab sentimen keagamaan dan perkauman."

Menurut bekas Menteri Penerangan ini lagi, kerajaan sekarang juga mengamalkan sekatan terhadap media arus perdana demi kepentingan mereka sahaja.

“Hampir 100 peratus media arus perdana dikongkong satu suara sahaja,” tegasnya kesal dengan tindakan sedemikian."

Tambahnya lagi, beliau akan terus berjuang bersama-sama Amanah bagi mengembalikan perjuangan Umno lama yang menurutnya bersih, adil dan lebih menyayangi rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

“Sekarang ini saya berjuang melalui Amanah, untuk kembalikan perjuangan Umno lama,” katanya.

Abdul Khadir turut mendedahkan, beliau turut dipelawa untuk menyertai Pakatan Rakyat (PR) bagi meneruskan perjuangan politiknya.

“Ramai pemimpin dari Pakatan Rakyat, PAS, DAP, sahabat lama, kebetulan kawan-kawan saya dari dulu, ada berjumpa dalam pelbagai majlis, ramai yang pujuk, tetapi saya akan buat keputusan sendiri, bukan berdasarkan pujukan.

“Saya lebih berminat perjuangkan isu yang saya rasa tak kena, sebab itu kami tubuh Amanah,” katanya lagi.

Beliau turut tidak menolak untuk menukar peranan Amanah daripada hanya sebagai NGO kepada sebuah parti politik.

“Ramai ahli Amanah bercadang untuk tukar Amanah jadi parti politik, tapi itu belum diputuskan.

Beliau juga mengharapkan pemimpin sekarang agar sedar dan melaksanakan transformasi yang dilaungkan Perdana Menteri, dan mengubah perkara negatif yang wujud dalam parti agar rakyat mendapat manfaat.

“Kalau pemimpin sekarang ikhlas untuk berubah, mereka perlu laksanakan, saya tidak merujuk kepada sesiapa, saya hanya harapkan kerajaan fokus kepada benda yang perlu berubah, dan ubahlah, tak perlu cakap perkara yang sudah-sudah, kita bawa pembaharuan, benda-benda hodoh tu kita buanglah,” katanya lagi.

7 comments:

  1. Replies
    1. Automatically, his statements also boring.

      Delete
  2. kadir, lebih baik kau bersara dari politik

    ReplyDelete
  3. Ramai ahli politik yang memilih untuk menyertai Amanah setelah keluar dari parti politik.

    ReplyDelete
  4. Kita tunggu saja apa yang Kadir mampu lakukan seterusnya selepas ini.

    ReplyDelete
  5. yang pasti Kadir sebenarnya kecewa dengan apa yang berlaku. Tapi itu pilihannya sendiri terpulan dengan kadir.

    ReplyDelete
  6. boleh percaya ka dengan orang yang telah 56 tahun bersama2 dengan umno kemudian tiba2 tampil mengkritik parti itu dan keluar meninggalkan parti itu setelah beliau sendiri telah bersekongkol selama 56 tahun??

    ReplyDelete