MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa Malaysia sudah mempunyai terlalu banyak cuti umum sehingga sukar bagi meningkatkan produktiviti.
Katanya, jika keadaan itu berterusan dengan kerajaan memilih untuk membayar lebih untuk kurang bekerja, negara akan menghadapi kesukaran kewangan yang serius atau menjadi muflis seperti yang berlaku di negara Barat.
“Apabila kita bekerja jumlah hari yang kurang, maka produktiviti juga akan berkurangan. Kita mempunyai cuti yang terlalu banyak. Terdapat 52 hari Ahad dan ditambah lagi 52 hari Sabtu.
“Kita juga diberi cuti untuk semua perayaan keagamaan, walaupun agama itu mempunyai penganut yang kecil. Kita sekarang pula menggantikan secara automatik cuti umum yang jatuh pada Ahad atau Sabtu dengan hari yang lain,” katanya dalam entri terbaru dalam blog beliau di bawah tajuk 'Gaji Minimum'.
Dr Mahathir juga melahirkan kebimbangan dengan dasar gaji minimum yang bakal meningkatkan gaji secara keseluruhan kerana majikan akan cuba memastikan persamaan antara gred pekerja yang berbeza dapat dikekalkan.
Pada 24 Februari lalu, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia sedang memuktamadkan segala proses sebelum menguymumkan dasar gaji minimum bagi pekerja di sektor swasta di seluruh negara.
Menurut menterinya, Datuk Dr S Subramaniam, tindakan itu akan menyaksikan kira-kira 30 peratus daripada tenaga kerja di negara ini yang kini berpendapatan di bawah RM900 menikmati kenaikkan gaji minimum yang belum ditetapkan lagi itu.
Menurur Dr Mahathir, Malaysia boleh menjadi muflis apabila gaji atau pampasan untuk bekerja tidak diikuti dengan pertambahan produktiviti.
"Kita semua mahu menyaksikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Namun kita mesti juga bimbang mengenai daya persaingan kita. Menambah pendapatan mesti meningkatkan kos pengeluaran melainkan produktiviti turut bertambah," katanya.
Menurutnya, Barat kini menghadapi masalah kewangan yang gawat dengan sekurang-kurangnya sebuah negaranya menjadi bankrap selepas membayar gaji berlebihan kepada rakyat mereka.
"Upah dan gaji yang tinggi, bonus yang besar dan pelbagai manfaat seperti bayaran untuk pengangguran menjadikan negara Barat kelihatan makmur. Tetapi cara boros mereka tidak boleh berterusan.
"Saya bimbang Malaysia mungkin menuju ke arah ini jika kita membayar lebih untuk kurang bekerja, seperti yang kita lakukan sekarang," kata beliau.
Dr Mahathir juga membidas pentadbiran selepasnya kerana menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 25 peratus.
Walaupun, tidak menamakan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas kenaikan itu, sasaran Dr Mahathir adalah penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi yang katanya, mengurangkan peruntukan pembangunan bagi menaikkan gaji.
“Pernah seorang Perdana Menteri, pentadbiran yang lalu, menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 25 peratus. Namun tidak ada bukti bahawa hasil kerajaan pula meningkat sehingga 25 peratus.
"Lazimnya, peningkatan adalah hanya kira-kira 10 peratus. Ini bermakna peningkatan kos operasi 25 peratus itu terpaksa ditampung dengan pemotongan 25 peratus peruntukan pembangunan,” katanya.
Menurut Mahathir, pengurangan peruntukan bagi pembangunan adalah tidak baik bagi negara yang sedang pesat membangun seperti Malaysia.
In some countries, their workers are allowed 1 month of annual leave and yet their productivity are not affected, that is not even including public holidays.
ReplyDeleteMentality differences is one of the factor why they are more advanced than us.
DeleteEuropean countries have to set at least a minimum of 20 days annual leave per year. Employee benefit in Malaysia can still be improved, I would say.
ReplyDeletesekurang2nya kalau tiada kenaikan gaji, harga2 barang tu janganlah terus melambung tinggi.
ReplyDeleteMalaysia memang negara yang paling banyak cuti. apapun janganlah cuti ni mempengaruhi produktiviti kerja.
ReplyDeleteKenapa pula boleh muflis. Kenaikan gaji akan meningkatkan kuasa beli. Mereka yang gila kerja/mahu gaji lebih pasti akan buat overtime. Pekerja2 akan lebih produktif.
ReplyDeletejika kos hidup makin meningakt tapi pendapatan masih sama, bukankah ia akan membebakankan hidup rakyat. peranan kerajaan adalah membantu rakyat.
ReplyDeleteItu tidak benar..Jika kenaikkan ini berlaku maka pasti kerajaan akan menguruskan kewangan dengan baik bagi memastikan dapat menampung semua ini. Jika pengurusan kewangan dilakukan dengan baik rasanya semua itu tidak akan berlaku.
ReplyDeletedasar gaji minimum ini bukan sahaja diterimapakai di negara2 maju, malahan ia turut dilaksanakan di negara2 dunia ketiga seperti Korea Selatan dan Sri Lanka.. Malaysia bila lagi??
ReplyDeleteadalah menjadi satu anugerah yang tidak ternilai untuk para pekerja di negara ini jika dasar gaji minimum dapat dikuatkuasakan oleh kerajaan. namun begitu, bagi memastikan dasar ini tidak menjadi edisi “tangkap muat” terbaru kerajaan, penguatkuasaan gaji minimum haruslah berteraskan dasar yang melindungi hak pekerja dengan mekanisme penguatkuasaan yang adil dan telus.
ReplyDeleteMalaysia's cabinet has approved a national minimum wage for the first time in the country's history, two government sources said, as Prime Minister Najib Razak looks to shore up incomes and votes ahead of widely expected elections this year.
ReplyDeleteThe minimum wage would be introduced as Asia increasingly uses such social safety nets to counter widening income gaps that have political repercussions while debt-laden Europe struggles to keep these policies afloat.
DeleteMalaysian government sources, who declined to be identified due to the sensitivity of the issue, told Reuters the cabinet approved setting the minimum wage at 800 to 900 ringgit ($265-$298), depending on location.
DeleteThat compares to 760 ringgit per month, which roughly represents both the poverty income line in Malaysia and the gross pay that workers take home in the key manufacturing sector of this trade-reliant country.
Delete"Cabinet has approved it about two weeks ago and the government has gone to ground to explain this to industry groups," said one source with direct knowledge of the matter on Monday.
Delete"There is some reluctance but we are moving on with it. The Prime Minister could announce it either this week or next week."
DeleteThe minimum wage is a major part of Najib's new economic model launched in 2010 to transform the country from a middle-income economy to developed nation status by 2020 via market reforms and a greater focus on services.
DeleteMalaysia's basic wage policy coincides with moves by China, the world's manufacturing hub, plans to raise minimum wags by at least 13 percent in the five years to 2015.
Delete