
LAPANGAN Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) akan beroperasi 24 jam mulai 1 Mei apabila kerja penurapan projek pembesaran landasannya siap, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.
Beliau berkata, pada masa ini lapangan terbang itu ditutup enam jam sehari mulai tengah malam untuk kerja-kerja pembesaran yang bakal menyaksikan landasan di lapangan terbang itu dipanjangkan dari 2,988 meter kepada 3,780 meter.
Projek itu adalah sebahagian daripada projek RM1.4 bilion kerja menaik taraf, pembesaran dan membaik pulih KKIA, termasuk pembinaan terminal baru dan menara kawalan.
"Hanya kerja pembesaran landasan yang dijalankan sekarang ini. Apabila siap, lapangan terbang ini boleh menampung Boeing 747 dan ini akan meningkatkan jumlah penumpang (di lapangan terbang itu)," katanya kepada Bernama ketika dihubungi selepas meninjau projek itu.
Kong berkata penutupan lapangan terbang itu selama enam jam telah menjejaskan penerbangan sewa khas, tetapi ia tidak mengganggu operasi penerbangan berjadual. (BERNAMA)
Hopefully after this expansion project is completed, it will help increase the tourist to Sabah since the new terminal can fit in more planes at one time.
ReplyDeleteI do hope that this 1.4 billion project can be completed in time so that KKIA can continue to operate on the 1st of May, just as planned.
ReplyDeleteya, harap projek ini akan siap dalam masa yang ditetapkan dan mengikut seperti yang dirancang.
DeleteThis is a good move.
ReplyDeleteIndustri pelancongan akan bertambah pesat.
ReplyDeleteya..harap ini akan menyumbang kepada peningkatan pelancong.
DeleteUpgrading the airport really good move from govt
ReplyDeleteLess hassle for tourists and tourism players.
Deleteini dilihat sebagai langkah yng baik sesuai dengan keperluan.
DeleteGood luck and hope the public can enjoy better services.
ReplyDeleteSemoga kerja naik taraf dijalankan dengan wajar dan mencapai kualiti yang ditetapkan.
ReplyDeleteSabah semakin terkenal dengan status pelancongan antarabangsa, KKIA harus dipertingkatkan kualiti dan servisnya.
ReplyDeleteIt's not about the service but the whole operation of KKIA.
DeleteKKIA akan lebih baik selepas ini.
DeleteJadual penerbangan juga harus diperbaiki lagi.
ReplyDeleteSemoga lebih banyak orang awam dapat menikmati kos penerbangan yang berpatutan.
ReplyDeleteI wish, from the bottom of my heart.
Deletebgslah, dgn ini pasti perkhidmatan penerbangan akan bertambah baik.
ReplyDeletePasti penerbangan akan lebih baik begitu juga dengan perkhidmatan di KKIA.
ReplyDeleteAkhirnya KKIA boleh beroperasi 24 jam mulai Mei ini.
ReplyDeleteini perkembangan yang baik. harap semuanya berjalan lancar
ReplyDeleteselain beroperasi 24 jam sehari, pastikan juga jumlah penerbangan sehari meningkat..
ReplyDelete