Saudara Pengarang,
PROJEK Kampung Tanpa Wayar (KTW) di Tinangol, Matunggong, Kudat tidak ubah seperti dongeng rakyat Sang Kancil dengan Buaya dalam Episod 1,2,3 Lekuk; jantan betina aku ketuk!
Walaupun Sang Kancil hanya cerita penglipur lara, tetapi KTW Tinangol adalah 'Cerita Dongeng' yang dikarang oleh Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili kerana sejak dilancarkan awal tahun 2012 sehingga hari ini, 23 Mac 2012, masih tidak berfungsi seperti yang diharapkan.
Kadar capaian (koneksi) yang amat rendah serta kualiti perkhidmatan yang sangat teruk; tidak dapat memberi kepuasan kepada pengguna yang ramai dengan kadar kelajuan 0.1-0.10 kb/s.
Kelajuan internet seperti ini banyak menimbulkan masalah dan lebih menyedihkan lagi, koneksi internet kerap terputus; sedangkan KTW di Pekan Sikuati tidak mengalami masalah seperti yang kami alami di KTW Tinangol.
Masalah perkhidamatan KTW yang teruk ini bertambah kalut kerana sekarang ini musim pelajar lepasan SPM dan STPM mula berurusan berkaitan dengan penyemakan keputusan secara online dan yang paling utama ialah urusan permohonan online di universiti atau kolej dan banyak lagi urusan lain yang sudah tentu melibatkan pengunaan internet.
Malangnya sehingga kini kami masih bergelut dengan masalah ini dan masih tertanya-tanya sampai bila kemelut ini akan berakhir? Kami tidak tahu di mana hendak kami mengadu lagi maka kami menghubungi Sabahkini.net sebagai usaha terakhir kami.
Semoga perkhidmatan KTW Tinangol diperbaiki dan dipertingkatkan secepat mungkin demi kepentingan dan kebaikan bersama.
Salam Hormat,
PELAJAR LEPASAN SPM
Mungkin Maximus perlu memberi penjelasan berhubung dengan masalah KTW yang mempunyai capaian yang sangat rendah. Harap masalah capaian ini dapat diperbaiki dengan segera.
ReplyDeleteRais said Sabah's Internet penetration rate is improving and has reached 32.9 per cent while for the whole country it is 62.9 per cent.
ReplyDeleteWe hope to see the internet connection will be getting better especially in the rural areas. They deserve to have this facility too.
Perhaps Maximus should provide explanation to the people regarding this issue to why the connection is slow.
ReplyDeleteThe connection service has just been established early this year so its not surprising at all that there are flaws in the service. There is still rooms for improvement.
DeleteImmediate action is needed to fix this problem as internet is important.
ReplyDeleteDiharap kerajaan dapat menyelesaikan masalah tersebut. Beri penjelasan sekiranya perlu.
ReplyDeletehal ini pasti akan dpt diselesaikan nnti.
ReplyDeleteHarap apa yang dirancang seharusnya dilakukan dengan sebaiknya.
ReplyDeleteSemoga projek Kampung tanpa wayar dapat dijayakan. Mungkin apa-apa kelemahan yang ada seharusnya dimaklumkan kepada pihak berkenaan untuk memestikan masalah itu dapat diatasi.
ReplyDeleterujuk la dengan pihak yang menyediakan perkhidmatan internet itu.. kenapa perlu ke sabahkini??
ReplyDelete