Oleh : OKK HASSNAR HJ EBRAHIM
Pada 22hb Februari 2012 Mahkamah Persekutuaan Malaysia telah bersidang di Kota Kinabalu dan mendengar beberapa permohonan untuk rayuan ke atas keputusan daripada Mahkamah Rayuan Malaysia. Panel Hakim dipengerusi oleh YAA Tan Sri Richard Malanjum Ketua Hakim Borneo dan dianggotai oleh YA Dato Hamid Embong dan saorang lagi Hakim Mahkamah Persekutuan.
Di antara kes yang ditetapkan untuk bicara adalah kes diantara Hon Chung Lip (diwakili Syarikat Guaman Tan Pang Tsen & Co.) dengan Kwan Ngen Wah, Kwan Ngen Chung, KWANTAS LAND DEVELOPMENT Sdn Bhd.(diwakili Syarikat Guaman Cheu, Adenan & Razi), Penolong Pemungut Hasil Tanah Daerah Kinabatangan, Jabatan Tanah dan Ukur Dan Kerajaan Negeri Sabah (diwakili oleh Peguam Negeri Mohd Saiful Radzi bagi pehak Peguam Besar Sabah).
Pada awalnya prosiding ini dimulakan oleh Hon Chung Lip menuntut daripada Kwan Ngen Wah, Kwan Ngen Chung dan 5 yang lain beberapa relif di Mahkamah Tinggi Sandakan melalui Saman Guaman berdaftar Suit No. CSS 22-40 Tahun 2003. Dalam Penyata Tuntutannya Hon Chung Lip mendakwa dia adalah pembeli sah ke atas beberapa keping tanah bergeran di bawah syarat Native Title (NT).
Menurut Hon Chung Lip, setelah selesai kerja kerja pengukuran, deraf geran tanah yang dipertikai telah dikeluarkan oleh Jabatan Tanah dan Ukur. Bagaimanapun deraf geran tersebut telah diambil, didaftar dan dipindahmilik kepada nama Kwan Ngen Wah dan Kwan Ngen Chung.
Bila kes dibicara di Mahkamah Tinggi Sandakan, Pesuruhjaya Kehakiman YA Puan Yew Jin Kie telah memutuskan bahawa Hon Chung Lip bukanlah seorang anak negeri walaupun dia memiliki sijil anak negeri yang didakwa olehnya telah dikeluarkan oleh Mahkamah Anak Negeri. Atas sebab dia bukan anak negeri maka Pesuruhjaya Kehakiman telah memerintahkan supaya tuntutan Hon Chung Lip ditolak kerana dia tidak layak memiliki tanah di bawah syarat NT.
Penghakiman di buat oleh YA Puan Yew Jin Kie itu adalah bersandarkan kepada pengakuan bersumpah dibuat sendiri oleh Hon Chung Lip di hadapan Hakim Bicara. Apabila disoal Hon Chung Lip mengaku bahawa dia lahir di Negara China, kedua ibu bapanya adalah Warganegara China dan Sijil Anak Negeri yang digunapakai olehnya di perolehi nya melalui seorang kawan dan bukan melalui pengisythiaran Mahkamah Anak Negeri selepas satu perbicaraan.
Justeru, menurut YA Puan Yew Jin Kie walaupun Hon Chung Lip memiliki Sijil Anak Negeri yang kononnya dikeluarkan oleh Mahkamah Anak Negeri di Kota Kinabalu, tetapi disebabkan sijil tersebut bukan diberi kepadanya melalui pengisytiharaan di Mahkamah Anak Negeri maka segala tuntutannya ke atas tanah NT berkenaan adalah tidak berasas dan gugur. Kes difailkan olehnya ditolak. Keputusan Hakim berpihak kepada Kwan Ngen Wah dan Kwan Ngen Chung.
Disebabkan tidak puas hati dengan penemuan fakta dan penghakiman oleh YA Puan Yew Jin Kie itu maka Hon Chung Lip telah failkan rayuannya di Mahkamah Rayuan Malaysia. Setelah kesnya didengar, saya dimaklumkan para Hakim di Mahkamah Rayuan Malaysia membuat keputusan oleh kerana sijil anak negeri tersebut adalah dokumen daripada Mahkamah Anak Negeri maka statusnya tidak boleh disentoh oleh Mahkamah Sivil.
Kesahihannya atau statusnya hanya boleh ditentusahkan oleh Mahkamah Anak Negeri. Lantas Mahkamah Rayuan telah mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menyentoh mengenai sijil Anak Negeri dalam milikan Hon Chung Lip dimana Puan Yew Jin Kie mengisythiarkannya sebagai bukan anak negeri dan tidak layak memiliki tanah di bawah syarat NT.
Bagaimanapun Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa geran yang telah dipindahmilik kepada nama Kwan Ngen Wah dan Kwan Ngen Chung tidak boleh dibatal. Sekali lagi keputusan Mahkamah memihak kepada Kwan Ngen Wah dan Kwan Ngen Chung dan, kerana tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut Hon Chung Lip melalui Syarikat Guaman Tan Pang Tsen & Co telah dengan segera membuat permohonan kebenaran memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan Malaysia.
Permohonan yang difailkan, berdaftar sebagai Kes Mahkamah Persekutuan No BKI- 08 14/2 TAHUN 2012. Sejurus kes disebut dipanggil untuk didengar pada 22hb Feb 2012, Peguambela Hon Chung Lip menghujahkan bahawa Mahkamah Sivil tidak ada kuasa mendengar dan memutuskan perkara berkaitan sijil anak negeri anak guamannya dan perkara tersebut tiada dalam pliding Kwan Ngen Wah dan Kwan Ngen Chung.
Mengulas hujahnya YAA Hamid Embong, salah seorang daripada tiga Hakim yang mendengar kes berkenaan pada tarikh tersebut, dengan spontan bertanya kepada Edwin Tsen dengan soalaan berbunyi lebih kurang seperti berikut:
"Your client came to court with ‘unclean hands’,with a forged native Certificate and you expect the Court to close its eyes. Do you have to plead illegality? Is that the Law".
Mendengar soalaan YAA Hakim tersebut Edwin Tsen tersentak dan cuba menyelamatkan keadaan dan mempertahankan status sijil anak negeri anak guamnya dengan membuat kenyataan berbunyi lebih kurang berikut :
" .. but My Lord the Respondent (Kwan Ngen Wah dan Kwan Ngen Chung) are also not natives of Sabah"
Mendengar kenyataan dibuat oleh Peguam bela Hon Chung Lip itu YAA Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dengan segera menyampuk dan berkata :-
" As a Sabahan I am ashamed that this thing is still goin on.”
"Well, Peguam Negeri what are you people going to do about this? You should apply for the land to be returned to the government since both Parties are not Natives.’
Saiful sebagai wakil kerajaan Negeri Sabah cuma berdiam diri.
Terdapat berpuluh Peguam dan orang awam hadir di Mahkamah ketika soal jawap di antara Penal Hakim Mahkamah Persekutuan dengan Peguam Hon Chung Lip itu berlangsung. Turut hadir adalah beberapa pelajar Undang-Undang yang ingin melihat dan mengetahui tatacara persidangan di Mahkamah Persekutuan Malaysia.
Apa yang menghairankan ialah, walaupun pada ketika itu terdapat sebilangan pemberita mewakili seluruh media cetak di Negeri Sabah dan dari Semenanjung namun kisah dua pihak yang bersengketa tetapi masing-masing memiliki sijil anak negeri yang diketahui umum termasuk Hakim dan Penguam yang bijaksana sebagai dokumen palsu tidak ada satu pun berita mengenainya telah dimuat ke dada akhbar untuk rekod dan pengetahuan umum.
Saya dedahkan kisah ini kerana dua perkara. Pertama berkaitan penggunaan sijil anak Negeri oleh kedua belah pihak yang bertelingkah Hon Chung Lip dan Kwan Ngen bersama adiknya Kwan Ngen Chung. Laman web Sabahkini.net telah sejak beberapa tahun lalu muat naik fakta sah dari sumber yang bolehpercaya bahawa Hon Chung Lip, Kwan Ngen Wah dan Kwan Ngen Chung tidak ada satu titik pun darah keturunan mana mana suku kaum anak negeri berasal dari Sabah.
Beberapa Laporan Polis mengenai penipuan yang mereka lakukan menggunakan sijil anak negeri yang di ketahui adalah dokumen palsu telah juga dibuat. Lebih daripada itu Permohonan menyemak sijil mereka telahpun saya sendiri failkan ke registri Mahkamah Anak Negeri Daerah Kota Kinabalu sejak 30hb Ogos 2007.
Sehingga sekarang kes ini Polis PURA PURA TIDAK TAHU sementara pihak Mayor Kota Kinabalu bersama rakan-rakannya terdiri daripada Kakitangan di Pejabat Peguam Besar Negeri Sabah dan Pejabat Hal Ehwal Anak Negeri, lebih mudah kalau saya namakan "kumpulan Pengkhianat anak negeri Sabah" sengaja tidak HENDAK ambil tindakan sewajarnya.
Mayor Datuk Illiyas Ibrahim pernah cuba menetapakan tarikh mendengar penyemakan yang saya failkan, tetapi apabila saya bersama rombongan tiba di ruang pejabat tempat bicara dijadual berlangsung, yang datang untuk menjadi Hakim adalah Azmi Salim, mengakui dirinya Wakil Mayor, bersama dua kakitangan Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu yang "zero knowledge" tentang Undang Undang. Orang yang saya namakan sebagai responden, iaitu Kwan Ngen Wah dan Kwan Ngen Chung langsung tidak dijemput oleh Azmi Salim.
Sebagai bekas Ketua Daerah Sandakan saya juga arif tentang prosedur bagaimana menjalankan perbicaraan di Mahkamah Anak Negeri. Kenapa Azmi Salim mahu ubah prosedur yang sedia ada di Mahkamah Anak Negeri hanya Azmi Salim seorang saja yang tahu.
Tetapi yang jelas berlaku pada hari tersebut adalah beberapa peristiwa Pelik yang tidak pernah berlaku di mana-mana Mahkamah Anak Negeri. Pertama Sejurus perbicaraan dimulakan Azmi Salim, sebagai menjawab pertanyaan saya kenapa dalam perbicaraan ini responden tidak dijemput, berkata ini bukan perbicaraan tetapi HANYA perbincangan.
Kedua En. Azmi Salim mengarahkan ahli rombongan saya yang turt hadir supaya keluar dari bilik bicara. Keputusannya ini telah di tarik balik setelah saya tunjukan Enakmen Mahkamah Anak Negeri yang menyatakan semua prosiding Mahkamah Anak Negeri hendaklah diadakan di mahkamah terbuka dan boleh dihadiri oleh sesiapa pun.
Ketiga En Azmi Salim menjemput Ketua Daerah Kota Kinabalu OKK William Mojimbun turut serta dalam prosiding untuk memberi ceramah tentang latar belakang pemberian sijil anak negeri di Sabah dan cuba perdaya dan kelirukan saya bersama rombongan dengan memberi alasannya kenapa pendengaran ini tidak boleh di teruskan.
Menganalisis nada suara dan alasan yang diberi semua ahli rombongan yang menyertai saya tahu dengan pasti OKK William Mojimbun pada tarikh tersebut adalah bertindak sebagai jurucakap atau peguambela kepada Kwan Ngen Wah dan Kwan Ngen Chung.
Antara alasan-alasan OKK William Mojimbun cuba memperdaya hadirin adalah kes pemberian sijil anak negeri kepada Kwan Ngen Wah dan Kwan Ngen Chung telah melebihi 90 hari lantas tidak lagi boleh didengar oleh Mahkamah Anak Negeri Daerah. Kedua, menurut OKK William Mojimbun lagi dia mendapat arahan daripada En. Juprin Adamal Wong, bertugas di Pejabat Peguam Negeri supaya menyerahkan kes yang saya failkan kepada 'Board of Officers' yang telah ditubuhkan dan ketika itu dikendalikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri Sabah, untuk penyelesaian.
Selepas menerima bantahan keras dari saya pendengaran kes penyemakan pada hari tersebut telah ditangguh tanpa ada penetapan tarikh baru untuk mendengar semula kes yang saya failkan. Menyusul tidak berapa lama selepas itu, dalam satu perbicaraan di Mahkamah Tinggi Sandakan yang turut melibatkan Kwan Ngen Wah dan Kwan Ngen Chung, kakitangan daripada Pejabat Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara telah mendedahkan berbagai fakta dan eksibitkan beberapa dokumen penting mengenai latar belakang bapa kandung kepada Kwan Ngen Wah dan Kwan Ngen Chung bernama Kwan Ah Hee.
Berikut adalah petikan kenyataan bersumpah dibuat oleh seorang saksi Plaintif bernama Tuan Haji Bahrin Bin Mojitar @ Manjitar 540617-12-5039:
Examination-In-Chief of PW5
Q138 What is your post in the National Registration Department?
A I am an Assistant Registrar Death and Birth of National Registration Department Kota Kinabalu.
Q139 Your colleague Encik Bakri bin Yusof PW3 had informed this Court that the proper officer who can explain the discrepancies in exhibit D1 and P3 would be someone from your section. Did you receive a letter on the different particulars as to the race in two different death certificates relating to the late Kwan Ah Hee?
A Yes. D1 – Late Registration of Death certificate issued to Kwan Ah Hee stated the race of the deceased is Sino native where the race was wrongly entered to the race column. This mistake happened because of the one police report lodged by Khoo Tau Guan stated that the deceased was Sino Kadazan also in the late registration form also stated Sino Kadazan.
The actual fact according to the record of Identity Card of the deceased the actual race stated Chinese Fookkien.
When we further examine the actual race stated is Chinese as stated in P3.
For information the first Death Certificate that we issued stated the race of the deceased was Sino Native was a mistake. The said Death Certificate would not be accepted as a valid document due to the reason that the Death Certificate state late registration and have to be certified by 1st Class Magistrate in accordance with Birth and Death Ordinance CAP123 S22 (3).
Q140 Did you bring the documents contained in the file relating to the death certificate of the late Kwan Ah Hee?
A Yes. An application form and police report.
Mr Ansari:
Apply for this document to be marked as exhibit .
Cross-examination of PW5 by Mr Cheu
Q144 Refer to P13 - you have said that the IC of Kwan Ah Hee shows that he is a Chinese Fookkien. How do you verify that Kwan Ah Hee is in fact a Chinese Fookkien.
A Based on his Identity Card application H0141598 (P11) stated his race as Chinese Fookkien.
Q145 Would you agree with me that just because the IC states Chinese Fookkien, it does not mean that one of Kwan Ah Hee’s parent is not a native?
A Yes. I agree.
Q146 Would you agree with me that the late certificate (D1) is based on the police report of Mr Khoo, and this was accepted by the registration department namely the words “Sino Native” was accepted by your department?
A Yes, according to the police report.
Q147 I put it to you that your department can rely on various documents and not only on the IC. Agree?
A We only referred to the record of their Identity Card.
Dialih ke Bahasa Malaysia secara ringkas Tuan Haji Bahrin Bin Mojitar @ Manjitar yang menyandang jawatan sebagai Penolong Pendaftar Beranak dan Mati di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia menyatakan jawapannya secara konsisten bahawa suku bangsa mending Kwan Ah Hee adalah Cina Hokkien. Ini berasakan kepada fakta dirujuk di Borang Permohonan pengeluaran Kad Pengenalan oleh Kwan Ah Hee dimana dicatit oleh Kwan Ah Hee sendiri suku bangsa nya adalah Cina Hokkien.
Di samping fakta di atas, rekod lain yang turut dikemukakan oleh kakitangan dari Jabatan Pendaftaran Negara juga memaklumkan perkara serupa. Dalam borang permohonan menjadi Warganegara Malaysia mendiang Kwan Ah Hee mencatitkan dia berasal dari Negara China. Nama bapa kandungnya ia lah Kwan Ah Po dan nama ibu kandungnya ialah See Mar Ke. Mereka berbangsa Cina Hokkien. Mendiang pernah berkahwin di Negara China dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Kwan Nyen Yeow KP 540912 - 71 - 5453. Mendiang hanya menjadi warganegara Malaysia selepas Sabah mencapai kemerdekaan.
Dalam sijjil anak negeri dalam milikan dan digunapakai oleh Kwan Ngen Wah dan Kwan Ngen Chung suku bangsa bapa mereka bernama Kwan Ah Hee dicatat berbangsa SINO KADAZAN!
Pada saya episod ini adalah satu perkara penting yang wajar di ulang kali nyatakan supaya semua kaum anak negeri sedar bahawa sebilangan individu yang diletak menjadi pentadbir mengurus hal ehwal anak negeri Sabah adalah seperti melantik seekor 'Harimau buas yang tidak berakal' dijadikan gembala kambing kita. Jika keadaan seperti ini berterusan percayalah yang bekal menerima bala dan kerugian adalah generasi kaum anak negeri Sabah yang akan datang.
Alasan kedua saya ungkitkan perkara ini adalah kerana terdapat di kalangan kakitangan Mahkamah Anak Negeri di Sabah individu yang jenis sanggup lakukan apa saja kerja untuk menipu kaum anak negeri. Walaupun tahu jika suatu hari kelak kerja tidak senonoh mereka lakukan, jika terbungkar, mereka akan menjadi bahan bualan mesyarakat anak negeri dan mendapat malu, mereka teruskan juga kegiataan haram mereka.
Misalnya kandungan sepucuk surat memaklumkan mendiang Kwan Ah Hee, meninggal dunia pada 08hb Ogos 1997 telah datang berjumpa En. Said Hinayat, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri, pada 30hb Oktober 2007. Kerana Kwan Ah Hee adalah seorang Kadazan Dusun maka disokong untuk mendapat keistimewaan sebagai seorang anak negeri.
Saya tidak pernah jumpa ada orang yang telah meninggal dunia lebih sepuluh tahun boleh bangkit semula dari kuburnya pergi ke Pejabat Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri berjumpa Pengarah bernama Said Hinayat untuk mendapat surat pengesahan mengenai suku bangsanya.
Seluruh masyarakat dunia menganggap Orang mati bangkit semula sebagai satu perkara pelik. Di Sabah ianya adalah satu perkara biasa dan kisah orang yang sudah lama mati bangkit semula tandatangani dokumen seperti surat sumpah, Perjanjian Jual Beli Tanah atau Surat Kuasa adalah perkara biasa.
Dokumen seumpama itu digunapakai oleh berpuluh taukey Cina. Urusniaga pindahmilik tanah menggunakan dokumen seperti ini banyak berlaku dan diterima pakai oleh Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur untuk membolehkan tanah NT milik kaum anak negeri dirampas dan diberi kepada yang tidak layak.
Kalau Osman Jamal atau Dahlan Tengah yang anggap diri mereka Raja Jabatan Tanah sanggup dakwa saya dan nafikan tuduhan saya seperti diatas, saya sedia dedahkan satu persatu pengkhianatan mereka. Yang penting saya telah lakukan segala yang perlu untuk memberi tahu semua kaum anak negeri di Sabah supaya jangan terus ditipu.
Yang menerima nikmat daripada penipuan dilakukan terhadap kaum anak negeri adalah manusia jenis seperti sebilangan mereka yang menjadi kakitangan diMahkamah Anak Negeri dan di Pejabat Pengarah Jabatan Tanah Dan Ukur Negeri Sabah. Yang bekal menerima musibahnya dan bala kelak adalah anak cucu kamu. Beringatlah sebelum terkena.
Apa pun YAA Tan Sri Richard Melanjm kata Ketua Daerah di Mahkamah Anak Negeri mengamal dengan keluarkan sijil anak negeri kepada kaum imigran dari Hong Kong dan Taiwan membolehkan mereka membeli tanah NT. Apakah dakwaannya itu salah? Anda fikirlah jawapannya sendiri.
"Apa yang menghairankan ialah, walaupun pada ketika itu terdapat sebilangan pemberita mewakili seluruh media cetak di Negeri Sabah dan dari Semenanjung namun kisah dua pihak yang bersengketa tetapi masing-masing memiliki sijil anak negeri yang diketahui umum termasuk Hakim dan Penguam yang bijaksana sebagai dokumen palsu tidak ada satu pun berita mengenainya telah dimuat ke dada akhbar untuk rekod dan pengetahuan umum."
ReplyDeleteSaya tersenyum pula baca part ni:P
Betul juga cakap penulis, napa hal sebegini tidak dikeluarkan di dada akhbar biar semua orang tahu. Tapi setahu saya kes sivil meang susah mahu handle. Dulu pernah study mass comm and join senior dengar proceeding court. Kalau tak cukup confident, better jangan buat tak pasal2 salah kena saman pula:P
ReplyDeleteAnak Negeri means the orang asli whose ancestors was born in Sabah.
ReplyDeleteThose who obtained Anak Sabah status should have their status revoked.
ReplyDeletesijil anak negeri hnya untuk penduduk asli sabah.
ReplyDeletesijil anak negeri boleh diperoleh dengan mudah oleh mana2 individu jika ada pihak yang cuba menyalahgunakan kuasa mereka memberi hak tersebut kepada orang luar.
Deletehi orang Sabah Bah, kalau macam tu pihak berwajib perlu memantau dengan kerap pemberian hak sijil anak negeri supaya tiada yang salah guna kuasa.
DeleteBetul kata kamu dua..Sebaiknya pihak berkuasa melakukan pemantauan mengenai perkara ini. Tidak boleh dibiarkan begitu saja mengenai kes ini.
DeleteWang boleh beli integriti seseorang. Kerana wang, pecah amanah belaku.
ReplyDeleteBila sijil anak negeri diberi secara songsang, maka bermulalah masalah2 yang melibatkan hak2 anak negeri yang disalahgunakan oleh individu2 yang tidak bertanggugjawab.
ReplyDeletejika benar wujud amalan rasuah dalam mahkamah anak negeri, dapatkan bukti2 itu dan serahkan kepada pihak sprm.. jangan hanya lantang di media tapi takut buat laporan..
ReplyDelete