Wednesday 14 March 2012

MALAYSIA TIADA HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN ISRAEL


Malaysia Ulangi Pendirian Tidak Jalin Hubungan Diplomatik Dengan Israel

MALAYSIA tidak pernah menjalin hubungan diplomatik dengan Israel dan dasar itu jelas serta tidak berubah sejak dulu, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia juga secara konsisten menyatakan kebimbangan serta mengutuk serangan dan pencerobohan Israel di wilayah yang diduduki rakyat Palestin, selain penempatan haram mereka di Tebing Barat.

"Sebagai negara yang prihatin dan bersimpati terhadap nasib malang Palestin, Malaysia telah dan akan terus memberi sokongan dari segi sosial, politik dan ekonomi kepada Palestin. Ini termasuk bantuan kewangan dan kemanusiaan menerusi bantuan pembangunan semula di Gaza dan Tebing Barat.

"Malaysia juga beri latihan kepada Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) serta bantuan yang dihulur oleh badan-badan bukan kerajaan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Juslie Ajirol (BN-Libaran) yang mahu tahu sumbangan yang telah diusahakan kerajaan Malaysia terhadap Palestin selama ini, pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Anifah dalam jawapannya turut mengaitkan jawapannya dengan kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung sokongannya terhadap keselamatan Israel dalam Wall Street Journal yang disiarkan Januari lalu, menyebabkan Dewan bertukar kecoh apabila beberapa anggota Parlimen pembangkang bertindak bangun dan membantah kenyataan itu yang disifatkan sebagai tidak berasas.

Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) mendakwa Anifah cuba mengelirukan Dewan dan sengaja menggunakan ruang menjawab untuk menghina dan melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap Anwar.

Turut bangun adalah Khalid Samad (PAS-Shah Alam), Azmin Ali (PKR-Gombak), dan Yusmadi Yusuf (PKR-Balik Pulau) yang sama-sama meminta Anifah agar membaca keseluruhan kenyataan Anwar agar tidak terus mengelirukan Dewan.

Nurul Izzah turut meminta agar Anifah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen sekiranya beliau enggan menarik semula kenyataannya itu.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar bagaimanapun berkata: "Tak payah ajar saya tugas saya. Biar saya jalankan tugas saya, biar saya buat keputusan sendiri. Jangan desak saya."

Kekecohan yang berlangsung hampir setengah jam itu yang turut disertai Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatanagan) dan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) akhirnya reda apabila Wan Junaidi tidak membenarkan sebarang soalan tambahan dibangkitkan dan menyambung kepada soalan berikutnya.

Sebelum ini, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara terbaru Israel ke atas Gaza, yang telah meragut 18 nyawa rakyat Palestin termasuk kanak-kanak.

Anifah berkata tindakan tidak bertanggungjawab rejim Zionis itu dikhuatiri akan menyebabkan tindak balas yang lebih buruk dan pasti akan menjejaskan usaha-usaha yang sedang dilaksanakan bagi proses damai Timur Tengah.

"Serangan udara itu yang turut mencederakan ramai lagi merupakan yang terburuk sejak serangan dahsyat ke atas Gaza pada Disember 2008.

"Oleh itu, Malaysia menggesa semua pihak yang terlibat untuk menghentikan apa-apa jua tindakan provokatif dan menyeru masyarakat antarabangsa, terutamanya Kuartet Timur Tengah supaya bertindak pantas dan menggesa Israel untuk menghentikan serangan ke atas Palestin," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.

Beliau berkata adalah amat peting bagi kedua-dua pihak memulihkan keadaan dengan kadar segera bagi mengelakkan kemusnahan yang lebih besar dan kehilangan nyawa terutamanya di kalangan penduduk awam di Semenanjung Gaza. (BERNAMA)

10 comments:

  1. Despite initial contact after the independence of Malaya, no diplomatic relations were made between our nation and that of Israel

    ReplyDelete
  2. Malaysia consistently rejected relations with Israel as it tried to increase its relations with Arab states.

    ReplyDelete
  3. Mahathir had sent letters to Israeli prime ministers Yitzhak Rabin, Benjamin Netanyahu and Ehud Barak in the years 1993, 1997 and 1999, respectively.

    ReplyDelete
  4. The contents of these letters were made public in order to dispel allegations that Mahathir's government had moved in the direction of recognizing the State of Israel.

    ReplyDelete
  5. Malaysia has stated it will open ties with Israel upon a settlement of the issue
    of Palestine.

    ReplyDelete
  6. I think better just stop talking about the issue of Israel and Palestin. We are not in both of the countries.

    ReplyDelete
  7. Malaysia sejak dahulu tidak mengamalkan sebarang hubungan dgn Isreal, jadi isu ini tak harus timbul.

    ReplyDelete
  8. Pembangkang sudah habil modal sampai guna isu Israel lagi.

    ReplyDelete
  9. Kami percaya dengan apa yang dikatakan itu. Sudah semestinya Malaysia tidak akan bersama-sama dengan Isreal..

    ReplyDelete
  10. melenting juga pemimpin2 Pakatan bila ketua umum mereka dikritik oleh pemimpin2 BN.. sedangkan kritikan itu disokong dengan kenyataan Anwar sendiri berbanding dengan mereka yang hanya membuat tuduhan berdasarkan teori politik..

    ReplyDelete