KACUKAN....Abd Wahab menunjukkan ayam kacukan yang diternaknya kepada Azizah sambil diperhatikan Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Dun Klias, Saidin Museh.
Oleh : ABDUL BAKAR ESAH
PENDUDUK perlu komited memanfaatkan setiap bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan terutamanya yang berkaitan dalam usaha meningkatkan taraf hidup penduduk.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berkata tanpa komitmen yang tinggi daripada penduduk, matlamat kerajaan untuk mengeluarkan rakyat dari belenggu kemiskinan tidak akan tercapai.
“Kerajaan Barisan Nasioanal sentiasa komited dengan pelbagai program untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di negara ini justeru itu penduduk yang mendapat bantuan dan kemudahan daripada kerajaan juga mestilah komited untuk memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika melawat ternakan ayam kacukan yang diusahakan melalui program 1 Azam di Kampung Karambai Kukut, Beaufort, oleh peserta program 1 Azam, Abd Wahab Daud, yang mendapat bantuan kerajaan yang disalurkan melalui Koperasi Pembangunan Desa (KPD).
Abd Wahab berkata KPD telah membekalkan sebanyak 500 anak ayam termasuk pemberian makanan dan kini ternakannya telah mencapai usia matang untuk dipasarkan.
Azizah yang juga Adun Klias berharap Abd Wahab akan terus berusaha untuk megembangkan ternakannya demi memastikan ianya memberi pulangan yang baik.
PASARAN....AYAM kacukan yang diusahakan Abd Wahab melalui program 1 Azam sedia untuk dipasarkan.
No comments:
Post a Comment