Saturday 17 March 2012

NAIB KETUA PKR SERTAI BN

SERAH.... Rissi menyerahkan borang keahlian seramai 96 orang bekas penyokong pembangkang di Sook kepada Timbalan Presiden PBRS, Ellron Angin.

SEORANG ahli pembangkang yang dikaitkan dengan insiden menumbuk seorang calon Barisan Nasional (BN) pada penamaan calon pilihanraya umum 2008, menyatakan secara terbuka memohon maaf kepada rakan-rakan seperjuangan kerana meninggalkan BN dengan menyertai parti pembangkang selama 10 tahun; kini kembali kerana yakin kepada perjuangan sebenar BN untuk rakyat di pedalaman.

Rissi Raymond, 55 tahun , berkata beliau merupakan Naib Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) P.182 Pensiangan dan telah bersama dengan parti itu hampir 10 tahun. Namun katanya keahlian itu tamat serta merta kerana kini beliau adalah ahli BN.

Rissi memberitahu, beliau menyertai Barisan Nasional (BN) melalui Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) kerana tertarik dengan kepimpinan parti itu dalam membawa perubahan dan menyatupadukan kaum di kawasan Daerah Kecil Sook.

Rissi berkata demikian di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Tinagalan, Sook, sebelum menyerahkan borang keahlian sebanyak 96 ahli kepada Timbalan Presiden PBRS, Datuk Ellron Angin.

Turut hadir Setiausaha Pergerakan Exco Pemuda PBRS, Charles Ikang, Ketua Daerah, Yunus Kimin, Wakil Ketua Anak Negeri Mukim Sook, Thomas Kirik, Ketua Cawangan PBRS Kg Tinagalan, Indiw Bundi dan para pemimpin masyarakat setempat.

“Saya tertarik dengan cara pemimpin disini yang kerap meninjau masalah rakyat dan berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat,” kata Rissi ketika diberi laluan untuk berucap di majlis berkenan.

Setelah sekian lama hampir 10 tahun bersama dengan pembangkang kata Rissi, beliau memohon maaf kerana tidak bersama dengan rakan-rakan seperjuangan di masa lalu yang tetap bertahan dengan BN.

“Kini saya kembali untuk bersama berjuang bersama BN, kita sokong kepimpinan wakil rakyat kerana mereka telah terbukti berkesan,” kata Rissi.

Menurutnya, beliau telah melihat sendiri perubahan dan pembangunan secara menyeluruh di kawasan Sook.

“Justeru itulah kita tidak berbelah bagi lagi, kita bulatkan hasrat untuk menyokong kepimpinan wakil rakyat kita di kawasan ini,” kata Rissi.

Katanya, beliau mengucapkan selamat tinggal kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mengambil nekad bersama para penyokongnya untuk berjuang bersama dengan BN.

Beliau berkata, apa yang telah berlalu biarlah berlalu dan tidak mahu memberi komen tentang insiden yang dikaitkan dengan beliau. Sebaliknya beliau mengajak rakyat untuk bersama dengan BN untuk memberikan sokongan padu.

“Saya masuk BN melalui PBRS kerana saya berkeyakinan kepada BN untuk terus membawa perubahan kepada kawasan Sook, di kampung ini sendiri banyak yang telah berubah; seperti bekalan elektrik telah dinikmati sejak tahun yang lalu dan tidak lama lagi kami akan mendapat bekalan air bersih,“ ujar Rissi.

Malahan kampung-kampung berhampiran juga mengalami perubahan yang sama, kata Rissi.

Justeru itu kata Rissi, mereka mahu menjadi sebahagian dari yang gembira dengan perubahan dan mahu kesinambungan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan, bukannya dianggap sebagai penghalang kemajuan.

“Oleh itu, saya kembali ke pangkuan BN secara ikhlas dan mahu melupakan semua yang sudah berlalu termasuk perkara yang tidak perlu dijelaskan di sini,” kata Rissi.

Ketika ditanya adalah beliau mempunyai perselisihan dengan Presiden PBRS, Rissi enggan mengulas panjang dan enggan memberi komen. (KENINGAU PRESS)


23 comments:

  1. Hopefully Rissi's return to BN will bring benefits to the party.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap BN berkembang besar dan lebih menumpu perhatian untuk memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat.

      Delete
    2. nampaknya beliau kembali yakin dengan BN.

      Delete
  2. Not only does members from PKR has started to jump ship to Star, there are some who are returning to BN. Around 300 activist from UBF are also preparing to rejoin BN before this, I wonder how it goes now.

    ReplyDelete
  3. well, seem like BN going to win the next GE.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini juga akan menjadikan BN semakin kukuh dikawasan tersebut.

      Delete
  4. PKR makin hilang sokongan di sabah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini menunjukkan pengaruh PKR di Sabah semakin terjejas.

      Delete
  5. perkembangan ini mencerahkan lagi peluang kemenangan BN sabah pada pru13 nanti.

    ReplyDelete
  6. Looks like star is not the only party that has PKR members joining their party.

    ReplyDelete
  7. Ini menambahkan peluang kemenangan untuk BN.

    ReplyDelete
  8. Semakin menarik politik di Sabah ini.

    ReplyDelete
  9. Tiada apa boleh dibuat, terimalah keputusan beliau dan teruskan perjuangan. Budaya lompat politik bukannya perkara baru.

    ReplyDelete
  10. makin ramai ahli PKR yang keluar dan berpindah ke parti lain. ini memperlihatkan PKR Sabah makin lemah.

    ReplyDelete
  11. PKR Sabah makin tiada peluang untuk menang d Sabah.

    ReplyDelete
  12. Naib ketua PKR menyertai BN?? Biar betul. Apa sudah jadi dengan PKR Sabah. Semakin lama semakin berkurangan ahlinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengaruh PKR sudah semakin berkurangan, ini terbukti dengan ramai ahli mereka yang keluar parti.

      Delete
  13. Di Sepanggar saya dengar pula yang mana ahli PKR menyertai STAR. STAR parti baru namun dapat menarik minat ahli PKR menyertai mereka. Sudah nampak kelemahan yang terlihat dalam PKR sendiri. Pasti PKR akan kekurangan sokongan pada akan datang.

    ReplyDelete
  14. itu keputusan mereka untuk menyertai parti yang mereka yakin mampu untuk jalankan tugas dengan baik.

    ReplyDelete
  15. nampaknya PKR semakin lemah di Sabah.. semakin dekat pilihanraya, semakin ramai ahli2 mereka keluar meninggalkan parti itu..

    ReplyDelete
  16. kalau saya, saya tidak akan terima ahli2 yang pernah meninggalkan parti dan memburuk2kan parti.. ahli2 atau pemimpin yang tidak mempunyai pendirian tetap, wajar disingkirkan dari arena politik..

    ReplyDelete