Thursday, 8 March 2012

AMANAH DESAK PINDAH RM430 JUTA KE LABUAN



Oleh: KREW SABAHKINI.NET

ANGKATAN Amanah Merdeka Sabah (AMANAH) mendesak Kerajaan Persekutuan agar memindahkan peruntukan RM430 juta yang diluluskan untuk membina jambatan Pulau Bum Bum ke Pulau Labuan kerana projek berkenaan hanya satu pembaziran dan menjadi modal politik pembangkang.

Ketua Penerangan AMANAH Tuaran, Haji Awang Puasa Jambul membuat desakan berkenaan selari dengan pandangan Mantan Ketua menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh yang menyatakan Kerajaan Persekutuan tersilap dalam keputusanya untuk membuat sebuah jambatan menghubungkan Semporna dan Pulau Bum-Bum.

Pembangunan pesat Labuan, kata Awang Puasa tidak bermakna jika masih menggunakan feri yang mendatangkan banyak masalah kepada Wilayah Persekutuan tersebut terutama menyebabkan kos sara hidup Labuan meningkat; berbanding dengan Pulau Bum Bum yang hanya sekadar memenuhi keperluan politik pemimpin setempat.

"Disebabkan banyak projek yang dilaksanakan di Sabah hanyalah projek Gajah Putih yang tidak merangsang aktiviti ekonomi, maka walau berbilion-bilion ringgit telah dibelanjakan di Sabah, namun Sabah tetap miskin kerana prasarana adalah salah satu kayu ukur bank dunia bagi melonjakkan taraf hidup luar bandar," kata Awang Puasa yang kesal dengan kegagalan NKRA dan tiada projek NKEA di Sabah.

Dalam pada itu, Harris berkata daripada membina jambatan ke Pulau Bum Bum tidak akan melonjakkan aktiviti ekonomi secara berkesan kerana jika wang sebanyak itu digunakan untuk aktiviti akuakultur termasuk memelihara ikan dalam sangkar dan agar-agar, ekonomi Semporna akan membangun dengan pesat.

"Selain itu membina jeti baru, menganjurkan aktiviti penanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan banyak lagi bahan makanan yang diperlukan penduduk di pulau itu setiap hari. Mungkin ada 2,000 buah rumah di Pulau Bum-Bum. Ini bermakna sebuah keluarga mendapat kira-kira RM200,000 untuk pembangunan ekonomi termasuk penambahbaikan kepada rumah-rumah mereka," kata Harris lagi.

Dalam kenyataannya, Harris yang menyebut bahawa sebuah jambatan hanya untuk 'makan angin', pelancong tidak akan datang semata-mata untuk melawat jambatan itu, maka kata Awang Puasa, sewajarnya peruntukan membina jambatan tersebut dipindahkan ke Labuan yang telah mempunyai tarikan tersedia melainkan ketiadaan perhubungan.

Manakala Ketua Penerangan Persatuan Penaja Alumni Pertubuhan Belia Kebangsaan Sabah (SANYA), Awang Ramli Mohd Gati yang berasal dari Daerah Kuala Penyu amat bersetuju terhadap cadangan Haji Awang Puasa agar peruntukan RM430 juta dipindahkan ke Labuan kerana hanya pemimpin yang 'cacat akal' sahaja membina jambatan ke Pulau Bum Bum.

"Apakah keperluan yang mendadak diberikan kepada Pulau Bum-Bum melainkan untuk menjana tabung pilihanraya pemimpin tertentu sedangkan tidak ada keperluan khusus berbanding Labuan sebagai Pusat Kewangan Luar Pesisir dan Pulau Bebas Cukai," tegas Awang Ramli lagi.

Dalam hal ini, kata Awang Ramli, jika Kerajaan Persekutuan gagal membina jambatan ke Labuan, maka sewajarnya Labuan dikembalikan kepada Sabah kerana yakin Kerajaan Negeri lebih bertimbang rasa terhadap penduduk Labuan berbanding Kerajaan Persekutuan yang hanya menjanjikan pembangunan; tetapi mengutamakan Semporna, daerah yang mempunyai lebih 50 peratus pendatang asing tanpa izin sehingga digelar 'Bandar Penculikan' oleh pelancong luar dan tempatan.

21 comments:

  1. Harris Salleh??? Sekiranya dia bijak adakah Labuan dijualnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. makin lantang Harris Salleh ni sekarang. lebih baik dia memberi penjelasan bagaimana Labuan telah menjadi WP.

      Delete
  2. Telebih bijak ba tu. Tu la pasal dia jual.

    ReplyDelete
  3. Tadi ada tebaca di DE pasal ada orang fail saman sama si Harris sebab dia jual Labuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harris sued Yong Teck Lee, now he was sued in return. Wonder if the law will be on Harris side this time.

      Delete
    2. Mahkamah harus menegakkan keadilan.

      Delete
  4. Entah apa jadi sama kes ni nanti. Tak juga sabar mahu tahu perkembangannya:)

    ReplyDelete
  5. I think Amanah is wrong, even though the Bum Bum bridge does not hvae economic potential, the people still deserves to have developments. I support that the Pulau Bum Bum folks to have their bridge which was promised to them since Datuk Abdullah Badawi was the PM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembinaan harus bercorak membawa pembangunan ekonomi. Sabah memerlukan projek sebegini.

      Delete
  6. jgn sangka Pulau Bum-Bum tiada nilai komersial, pulau Bum Bum sebuah pulau yang cantik dan boleh dibangunkan, pembinaan jambatan tersebut pasti memberi byk manfaat.

    ReplyDelete
  7. kalau begitu,kerajaan perlu pertimbangkan semula samada ingin membina jambatan ke Pulau Bum Bum atau ke Labuan. peruntukan jutaan ringgit ni perlu digunakan sebaiknya dan diharap tiada berlaku pembaziran.

    ReplyDelete
  8. kerajaan harus faham pembinaan yang menggunalkan berjuta-juta ringgit harus membawa pendapatan disebaliknya. "Return of investment"

    ReplyDelete
  9. erajaan Negeri lebih bertimbang rasa terhadap penduduk Labuan berbanding Kerajaan Persekutuan yang hanya menjanjikan pembangunan; tetapi mengutamakan Semporna, daerah yang mempunyai lebih 50 peratus pendatang asing tanpa izin sehingga digelar 'Bandar Penculikan' oleh pelancong luar dan tempatan.

    Tindakan wajar harus diambil oleh kerajaan yang harus mengutamakan penduduknya.

    ReplyDelete
  10. "Selain itu membina jeti baru, menganjurkan aktiviti penanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan banyak lagi bahan makanan yang diperlukan penduduk di pulau itu setiap hari. Mungkin ada 2,000 buah rumah di Pulau Bum-Bum. Ini bermakna sebuah keluarga mendapat kira-kira RM200,000 untuk pembangunan ekonomi termasuk penambahbaikan kepada rumah-rumah mereka,"

    That is sound interesting. Hope the development of economy bring good income and stability to the people in Sabah especially those low income family.

    ReplyDelete
  11. Benar juga kata Amanah ini. Sebaiknya bagus lagi peruntukan itu diganti dengan perkara yang lebih penting berbanding dengan jambatan Bum-bum itu.

    ReplyDelete
  12. Jadi kesimpulan tidak perlu membina jambatan bum-bum tersebut. kerana kerajaan perlu memberikan keutamaan kepada perkara lain.

    ReplyDelete
  13. Rasanya lebih ramai yang mahukan jambatan ke Labuan daripada ke Bum-bum.

    ReplyDelete
  14. Peruntukan RM430 juta itu sangat besar. Mampukah Pulau Bum-bum membawa pulangan ekonomi yang banyak? Penduduk di sana pastikah semuanya orang tempatan? Mohon kerajaan boleh buat keputusan yang betul.

    ReplyDelete
  15. kedua2 kawasan sememangnya memerlukan jambatan tapi lihat la kawasan mana yang lebih memerlukan.. berbanding dengan pulau Bum2, labuan lebih ramai penduduk dan lebih sibuk dari segi aktiviti ekonomi..

    ReplyDelete
  16. lebih baik kerajaan untamakan dahulu Labuan dalam pembinaan jambatan ini.. penduduk Labuan juga pernah dijanjikan pembinaan jambatan ini sebagaimana penduduk pulau Bum2..

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete