PEJABAT Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan keputusan tidak memasukkan penulis blog Raja Petra Kamarudin dalam forum Wikileaks dibuat penerbitnya sendiri dan pihaknya tidak pernah memaksa perkara itu.
Ketua staf di pejabat itu, Ibrahim Yaacob berkata, permohonan asalnya untuk wawancara Pengarah Wikileaks Julian Assange dengan Anwar dan nama Raja Petra sebagai 'penumpang' hanya diberitahu kemudian.
"Makanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau hanya menyatakan persetujuan untuk permintaan yang asal iaitu wawancara antara beliau dengan Julian Assange," kata Ibrahim.
"Oleh itu Quick Roll Productions, pihak produksi yang terlibat dengan wawancara ini telah membuat keputusan editorial untuk meneruskan format wawancara antara Julian Assange dengan Anwar Ibrahim tanpa melibatkan penumpang lainnya."
No comments:
Post a Comment