Wednesday, 7 March 2012

PEMERDAGANGAN ORANG RENDAH DI SABAH




Oleh : SITI AISYAH NARUDIN

SEJAK tahun 2008 hingga 2011, Sabah mencatatkan statistik sebanyak 9.25 peratus atau 87 orang yang menjadi mangsa pemerdagangan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi berkata, jumlah peratusan berkenaan merangkumi kadar peringkat nasional dengan melibatkan sebanyak 31 kes.

Menurutnya, setakat ini seramai 21 orang mangsa yang mana kesemuanya wanita berjaya diselamatkan dan ditempatkan di rumah perlindungan di Likas dekat sini.

“Daripada jumlah itu, empat orang adalah warganegara Filipina manakala 17 orang lagi berasal daripada Indonesia.

“Di Sabah, jumlah terbabit masih dianggap rendah dan terkawal namun, ia perlu pemantauan berterusan memandangkan isu pemerdagangan orang adalah jenayah merentasi sempadan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migrasi Peringkat Negeri Sabah yang dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman di sini kelmarin.

Abdul Rahim berkata, mangsa yang selebihnya ada yang dihantar balik ke negara asal masing-masing dan ada yang dirujuk ke Jabatan Imigresen.

Selain itu jelasnya, dalam tempoh yang sama di peringkat nasional, seramai 599 orang yang terlibat dengan jenayah ini berjaya ditangkap dan sebahagian daripadanya masih dalam proses pendakwaan.

Katanya, tangkapan dibuat berdasarkan maklumat orang awam dan juga operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Beliau berkata, pemerdagangan orang antara jenayah yang mempunyai implikasi dari aspek domestik dan antarabangsa.

Menyedari hakikat itu, pihaknya melaksanakan pelbagai usaha termasuklah jalinan kerjasama dan memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan beberapa pihak yang berkaitan.

“Melalui Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO), pelbagai agenda marangkumi aspek perundangan, penguatkuasaan, perlindungan mangsa, publisiti, kesedaran awam, dan penyelarasan tenaga buruh dilaksanakan di seluruh negara,” katanya.

Justeru, tambahnya, dengan adanya pelaksanaan kempen kesedaran, ia dapat membantu meningkatkan tahap kesedaran orang ramai terhadap jenayah terbabit.

“Ia adalah satu usaha berterusan dalam membanteras jenayah ini memandangkan ia adalah masalah global dan kita tidak mahu ia menjadi masalah kepada negara,” katanya.

Sementara itu, Musa dalam ucapannya berkata, isu pemerdagangan orang perlu ditangani secara kolektif dan bersepadu.

Menurutnya, tanpa sokongan dan kerjasama daripada masyarakat, usaha kerajaan melalui inisiatif membanteras jenayah ini tidak akan mencapai matlamatnya.

Ini kerana katanya, tanggungjawab dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang bukan sahaja terletak di bahu pihak berkuasa semata-mata, namun memerlukan sokongan padu daripada masyarakat.

“Kerajaan sentiasa menyambut baik penglibatan dan komitmen sektor swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membanteras jenayah ini,” katanya. (Utusan Borneo)

30 comments:

  1. Hopefully any form of human trafficking will be reduced to zero within Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aktiviti ini harus diharamkan dan diambil tindakan yang serta merta.

      Delete
  2. Let us all play our part to combat this social illness

    ReplyDelete
  3. Rendah tapi maksudnya ada lah kan?? huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. The volume has been increased. We should be happy about that. You're one of the Sabahans too.

      Delete
  4. Semoga usaha demi usaha terus dilakukan bagi memastikan lebih ramai yang diselamatkan daripada aktiviti pemerdagangan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. jgn biarkan sabah jadi pusat pemerdagangan orang.

      Delete
    2. Tindakan keras harus dikenakan terhadap golongan yang terlibat dlm aktiviti pemerdagangan ini.

      Delete
    3. We should strike for zero case.

      Delete
  5. Harap semua pihak akan bekerjasama bagi memastikan kegiatan pemerdagangan orang dapat dibasmi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. To beat the human trafficking rates, not only the law enforces have the responsibility but the people should also give their support and cooperation in this.

      Delete
  6. Glad to hear the human trafficking rate is considered low in Sabah. Hopefully the law enforcers will do their best to reduce the human trafficking rates in the state.

    ReplyDelete
  7. The state government is always doing its job in protecting Sabahans.

    ReplyDelete
  8. kegiatan pemerdagangan orang kena dibanteras, ia satu jenayah berat dan penindasan ke atas manusia.

    ReplyDelete
  9. Kerajaan sememangnya prihatin.

    ReplyDelete
  10. Rakyat Sabah yang ingin mencari pekerjaan di luar negeri atau negara perlu sentiasa berhati2 agar tidak menjadi mangsa pemerdagangan orang.

    ReplyDelete
  11. Diharap dengan kerjasama semua pihak, aktiviti dan sindiket pemerdagangan orang ini dapat ditumpaskan.

    ReplyDelete
  12. Biar pun dalam % yang rendah, Sabah harus juga memberi perhatian terhadap kes tu. Sebab kes tu membawa pelbagai jenayah lain seperti palacuran, dadah dan penyeledupan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Just take necessary preventive action to zero the matter.

      Delete
  13. Kerjasama dan usaha semua pihak amat penting untuk mengurangkan aktiviti yang kurang baik ini.

    ReplyDelete
  14. “Kerajaan sentiasa menyambut baik penglibatan dan komitmen sektor swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membanteras jenayah ini,”

    Semoga aktivit ini dapat dikawal untuk mengelakkan mangsa permerdagangan.

    ReplyDelete
  15. Its insult human rights. Action must be taken fast.

    ReplyDelete
  16. Pihak berkuasa harus membanteras aktiviti sebegini untuk mengelakkan lebih banyak mangsa terkena sindiket ini.

    ReplyDelete
  17. Satu berita yang baik. Walaupun ada namun Sabah adalah rendah mengenai kes jenayah ini. Teruskan usaha bagi memastikan perkara ini dapat ditangani.

    ReplyDelete
  18. Memang wajar memberi kesedaran kepada orang ramai akan jenayah pemerdangan orang yang semakin berleluasa ini. Melalui pendedahan yang dilakukan, orang ramai akan lebih peka dan boleh beri kerjasama.

    ReplyDelete
  19. Kecekapan pihak berkuasa tempatan berjaya mengawal kes pemerdangan orang di tahap yang rendah.

    ReplyDelete
  20. tingkatkan lagi kempen kesedaran agar rakyat di negeri ini lebih berhati2 dalam membuat keputusan agar tidak menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia..

    ReplyDelete