Wednesday, 21 March 2012

PENGILANG YAKIN DASAR KABOTAJ SELESAI



PERSEKUTUAN Pekilang-Pekilang Sabah (FSM) yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan dapat menyelesaikan Dasar Kabotaj, satu daripada masalah negeri yang telah lama wujud, secepat mungkin.

Presidennya, Datuk Wong Khen Tau berkata keyakinan FSM itu adalah berlandaskan kepada keikhlasan agenda transformasi nasional perdana menteri yang mendukung keadilan bagi semua rakyat Malaysia, termasuk orang Sabah.

Menekankan keperluan bagi liberalisasi dasar kabotaj itu beliau berkata langkah tersebut akan pastinya mengurangkan kos pengangkutan laut yang dengan itu akan menurunkan harga barangan di pasaran Sabah.

"Kami telah membuat banyak rayuan sebelum ini berhubung perkara ini, dan banyak janji telah dibuat untuk meliberalisasikan dasar itu tetapi malangnya semua janji-janji itu tidak ditunaikan.

"Sekarang kami berharapkan dan yakin yang perdana menteri kita dapat menyelesaikannya. Kami yakin isu ini boleh diselesaikan segera bagi kebaikan negeri dan rakyat," katanya kepada pemberita di Kolombong, Inanam, dekat sini, Selasa. (Bernama)

6 comments:

  1. Nampaknya FSM sangat yakin bahawa Perdana Menteri kita boleh membantu menyelesaikan masalah Kabotaj ini, semoga agenda transformasi ini boleh memanfaatkan rakyat.

    ReplyDelete
  2. Memang tu yang diharapkan juga oleh semua rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  3. dasr kabotaj byk meningkatkan kos pengangkutan di Sabah. ia perlu dikaji semula. PM pasti dpt selesaikan isu ini.

    ReplyDelete
  4. Itu yang kita harapkan daripada PM kita untuk memastikan mengenai penyelesaian Dasar Kabotaj.

    ReplyDelete
  5. Kita perlu yakin yang mana PM akan mencari sesuatu yang terbaik untuk penduduk Sabah sendiri.

    ReplyDelete
  6. tidak mustahil kita akan dapat menyaksikan semua perubahan itu dibawah pentadbiran Najib.. lihat sahaja bagaimana beliau mampu memansuhkan ISA, menubuhkan PSC, penggunaan dakwat kekal dan sebagainya yang mana tidak pernah dilakukan oleh pemimpin2 negara sebelum beliau..

    ReplyDelete